Harian Metro

‘Popular’ sangat kau dik... Abang minta maaf, bayar ganti rugi

- Nadzreen Shah Mat Salim am@hmetro.com.my

Usia baru mencecah 17 tahun, namun seorang remaja lelaki menjadi ‘terkenal’ serta-merta apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukka­n dia melakukan rompakan bersenjata­kan parang panjang menjadi viral di media sosial.

Lebih mengejutka­n apabila suspek melarikan diri walaupun kereta dipandu ditembak lima das oleh pihak polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, remaja terbabit sebelum ini merompak dua wanita yang menaiki kereta di hadapan pos pengawal di kawasan perumahan di Ara Putra, Ara Damansara, di sini, jam 3.40 pagi kelmarin.

Menurutnya, anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah bagaimanap­un terserempa­k kereta Honda Civic ES1.7 berwarna putih dipandu suspek di sekitar kawasan Flat Desa Ria, di sini, jam 5.30 petang.

“Penjenayah bagaimanap­un bertindak agresif merempuh sebuah kereta milik orang awam yang berada di hadapan sebelum turut merempuh kereta polis.

“Polis kemudian mengejar penjenayah yang melarikan diri sejauh dua kilometer ke arah Flat Desa Mentari di sini,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu sekali lagi merempuh pintu hadapan bahagian kiri kereta polis ketika berada berhampira­n lampu isyarat.

“Akibatnya anggota polis terpaksa melepaskan lima tembakan ke arah kereta itu. Bagaimanap­un, suspek melarikan diri dengan meninggalk­an kereta itu,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini, semalam.

Dia berkata, hasil pemeriksaa­n di dalam kereta berkenaan menemui parang, topi keledar dan sembilan peket plastik lutsinar dipercayai heroin seberat sembilan gram.

“Semakan terhadap nombor casis kenderaan itu mendapati kereta berkenaan dicuri sebelum ini.

“Remaja itu disyaki melakukan kes samun kereta milik seorang penjawat awam di sebuah stesen minyak di Jalan SS4B/10 Kelana Jaya jam 4.45 pagi, 23 September lalu,” katanya.

„ Remaja samun dua penuntut kolej swasta guna parang panjang viral dalam media sosial

Shah Alam: “Saya tahu perbuatann­ya salah. Namun, atas dasar tanggungja­wab, saya mahu meminta maaf kepada kedua-dua mangsa dan menjelaska­n ganti rugi kepada mereka,” kata abang sulung seorang suspek kes samun bersenjata di Ara Damansara, awal pagi kelmarin.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Mohammad, 27, berkata, kakak kepada seorang mangsa menghubung­inya sejurus dia memuat naik kenyataan di laman Facebook (FB) berhubung kejadian dilakukan adiknya, Aman, 17.

Bagaimanap­un katanya, usaha untuk bercakap dengan mangsa gagal kerana masih trauma dengan kejadian itu.

“Petang tadi (semalam), saya dapat bercakap dengan kakak mangsa dan meminta maaf atas apa yang dilakukan adik saya.

“Saya tidak kisah menerima kecaman orang ramai kerana perbuatan adik adalah salah. Sebagai abang sulung, saya mempunyai tanggungja­wab untuk cuba menyelesai­kannya,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.

Mohammad berkata, dia mengetahui kejadian itu petang kelmarin, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas ia menjadi viral di media sosial.

 ??  ?? DUA penuntut kolej swasta rugi RM2,000 selepas disamun lelaki bersenjata­kan parang panjang. POLIS memeriksa kenderaan yang digunakan remaja lelaki berkenaan.
DUA penuntut kolej swasta rugi RM2,000 selepas disamun lelaki bersenjata­kan parang panjang. POLIS memeriksa kenderaan yang digunakan remaja lelaki berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia