Harian Metro

‘Lihat calon sebagai wang’

-

Kajang: “Institut memandu (IM) mungkin melihat setiap calon itu umpama wang manakala bagi Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), ia adalah nyawa. Jadi latih setiap calon pemandu itu dengan baik bukan sambil lewa. ”

Itu adalah amaran diberikan Pengarah Penguatkua­saan JPJ Malaysia, Datuk V Valluvan Veloo kepada semua pengurusan sekolah memandu dan institut memandu di negara ini.

Katanya, 70 peratus daripada punca kemalangan akibat sikap pemandu itu sendiri.

“Setiap pemandu dibentuk sahsiah pemanduan ketika mula menjalani kursus memandu dan ia terletak di bahu setiap tenaga pengajar untuk membentuk pemandu baru yang berhemah.

“Malangnya, ada tenaga pengajar yang tidak mempunyai sijil kelayakan sah dan bersikap sambil lewa ketika mengajar, ” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, berdasarka­n operasi terhadap lebih 15 IM di seluruh negara selain Sabah dan Sarawak, kebanyakan IM masih gagal memberikan perkhidmat­an latihan pemanduan berkualiti, efektif dan jujur.

Katanya, melalui Op Khas Institut Memandu, lokasi sasaran dikenal pasti berdasarka­n penarafan empat bintang dalam penilaian dibuat Panel Penilai Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidik­an Jalan Raya Malaysia (MIROS).

“Setakat hari ini (semalam), lebih 15 IM di kawasan utara dan Lembah Klang diserbu dan hampir kebanyakan institut melakukan kesalahan tiada tenaga pengajar ketika pelajar menjalani latihan amali di litar dalam institut itu sendiri,” katanya.

Menurutnya, setiap IM sewajarnya memperbaik­i perkhidmat­an mereka selepas penilaian dibuat Panel Penilai JPJ dan MIROS sebelum ini.

“Op Khas Institut Memandu ini dijalankan buat kali pertama selepas semua sekolah memandu dinaik taraf ke IM pada tahun 1997.

“Bagaimanap­un, JPJ kecewa dengan pengurusan kebanyakan IM ini yang gagal melatih pemandu baru secara berhemah, sebaliknya tenaga pengajar mereka sendiri tidak memiliki Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) manakala kenderaan mereka pula tiada Sijil Kenderaan Institut Pemandu (SKIM) ,” katanya.

Menurutnya, kedua - dua aspek itu wajib dipatuhi di mana SKIM wajib untuk semua kenderaan yang digunakan untuk tujuan pembelajar­an dan ujian memandu manakala SPIM untuk tenaga pengajar

>>Setakat semalam, 15 IM di utara dan Lembah Klang diserbu

dan Sijil Institut Memandu (SIM) sebelum boleh menjalanka­n aktiviti sebagai pusat pembelajar­an memandu.

“Kami akan memastikan mereka (IM) yang gagal mematuhi aspek ini dikenakan tindakan penguatkua­saan termasuk pembatalan permit institut pemandu.

“Ia termasuk kepada IM yang masih berdegil untuk membaik pulih perkhidmat­an latihan pemanduan,” katanya.

Beliau berkata, selepas operasi dijalankan, mana-mana IM yang didapati melakukan kesalahan serius dan berulang akan dirujuk kepada Jawatankua­sa Sekolah Memandu.

“Selepas jawatankua­sa bersidang dan memutuskan tindakan lebih berat diambil, ada kemungkina­n IM berkenaan boleh dibatalkan atau digantung permitnya,” katanya.

 ?? V Valluvan Veloo ?? ANGGOTA JPJ menyita sebuah motosikal. ANGGOTA JPJ mengeluark­an saman kepada pengajar institut memandu kerana tidak mempunyai permit.
ANTARA kenderaan yang diperiksa.
Ada tenaga pengajar yang tidak mempunyai sijil kelayakan sah ANGGOTA JPJ memeriksa...
V Valluvan Veloo ANGGOTA JPJ menyita sebuah motosikal. ANGGOTA JPJ mengeluark­an saman kepada pengajar institut memandu kerana tidak mempunyai permit. ANTARA kenderaan yang diperiksa. Ada tenaga pengajar yang tidak mempunyai sijil kelayakan sah ANGGOTA JPJ memeriksa...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia