Harian Metro

‘Produk kami halal’

- Hazira Ahmad Zaidi am@hmetro.com.my

„ Jualan sambal ikan nasi kerabu merosot 40 peratus selepas viral

Bukan hanya wajib melalui penilaian Majlis Agama Islam Pusat, Thailand sebanyak dua kali setiap setahun, operasi pengeluara­n sambal ikan nasi kerabu segera yang diusahakan turut dikendalik­an 30 pekerja beragama Islam.

Semua dilakukan Syarikat Budu Him Kampung Pasir Jawa Saiburi dari Pattani, Thailand untuk memastikan produknya tiada keraguan halal dan diselengga­ra dengan baik tanpa penggunaan bahan perasa tambahan terlarang.

Namun, viral tersebar di laman sosial yang menyebut produk keluaran syarikat itu menggunaka­n atau menambah daging ular sawa menjejaska­n reputasi pihak berkenaan dan jualannya merudum teruk.

Pengarah Urusannya, Ibrahim Wan Ahmad berkata, beliau tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas penyebar fitnah itu hingga menjadi viral, namun mahu menjemput media di Malaysia dan negaranya ke kilang bagi menilai sendiri pengeluara­n sambal ikan terbabit selain produk lain termasuk budu.

“Meskipun perniagaan mengalami kerugian dan kami perlu kerja keras mendapatka­n semula kepercayaa­n pembeli, saya tidak berhasrat mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak menyebabka­n viral ini.

“Hanya, dalam masa terdekat saya bercadang untuk membawa media bagi menilai dan melihat sendiri bagaimana pekerja kami memproses produk bagi memberi penjelasan kepada masyarakat. Itu yang lebih baik setakat ini,” katanya.

Beliau ditemui dalam sidang media penjelasan viral berkenaan, semalam.

Mengulas impak viral itu, Ibrahim berkata, pendapatan syarikat menurun sehingga 40 peratus dengan jualan produk sambal ikan segera merosot kepada RM100,000 berbanding RM300,000 sebelum ini.

Katanya, dakwaan mengatakan pihaknya menggunaka­n daging ular sawa sangat tidak berasas memandangk­an produk yang diusahakan sejak 20 tahun lalu itu 100 peratus menggunaka­n tiga jenis ikan iaitu ikan kembung, selar dan selayang.

“Sebanyak 10,000 tan ikan sehari digunakan untuk membuat sambal dan menggunaka­n ikan segar tanpa bahan lain,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? IBRAHIM dan isterinya Khuzaimah menunjukka­n produk sambal ikan seperti yang diviral di Restoran Hayaki, Jalan Seri Cemerlang, Kota Bharu.
IBRAHIM dan isterinya Khuzaimah menunjukka­n produk sambal ikan seperti yang diviral di Restoran Hayaki, Jalan Seri Cemerlang, Kota Bharu.
 ??  ?? PRODUK sambal ikan Ibrahim halal dan melalui penilaian Majlis Agama Islam Pusat, Thailand dua kali setahun.
PRODUK sambal ikan Ibrahim halal dan melalui penilaian Majlis Agama Islam Pusat, Thailand dua kali setahun.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia