Harian Metro

Tersepit bersama pistol, dadah

-

Orang ramai yang cuba membantu mengeluark­an dua mangsa kemalangan yang tersepit di dalam kenderaan pacuan empat roda dikejutkan dengan penemuan senjata api bersama satu peket plastik dipercayai mengandung­i dadah di Jalan FELDA Jengka 13, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, kedua-dua suspek berusia 21 dan 28 tahun berasal dari Kampung Hulu Retang Kuala Tembeling, Jerantut dan FELDA Kota Gelanggi 3, Jerantut cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabas dan terbalik di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Maran Deputi Superinten­dan Mat Rizal Mat Radzi berkata, kejadian itu disedari beberapa orang awam yang melalui laluan berkenaan sebelum cuba membantu mangsa.

“Orang awam berhenti di tepi jalan dan bergegas mengeluark­an kedua-dua suspek yang masih berada di dalam kenderaan berkenaan sebelum menemui satu peket plastik mengandung­i dadah

„ Orang awam bantu mangsa nahas terkejut

serta sepucuk pistol pada badan salah seorang daripada suspek,” katanya.

Beliau berkata, sepasukan anggota Unit Peronda Polis (MPV) Balai Polis Jengka bergegas ke lokasi kejadian selepas mendapat laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, kedua-dua suspek dihantar ke Hospital Bandar Jengka untuk mendapatka­n rawatan sebagai pesakit luar sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran untuk siasatan lanjut.

Katanya, polis merampas pistol berwarna hitam dan pemeriksaa­n yang dilakukan mendapati senjata itu adalah tiruan yang menggunaka­n peluru bebola besi.

“Polis masih menjalanka­n siasatan jumlah berat dadah yang dibawa suspek namun tidak menolak kemungkina­n bahan terlarang itu untuk kegunaan suspek,” katanya.

Mat Rizal berkata, siasatan awal mendapati, suspek yang berusia 28 tahun mempunyai enam rekod lampau membabitka­n dadah, dua kes Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1983 dan kes jenayah mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana amuk.

“Seorang lagi suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan polis turut mengesahka­n kenderaan dinaiki suspek dilaporkan hilang di Jerantut,” katanya.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan reman di lokap Balai Polis Maran selama empat hari untuk membantu siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia