Harian Metro

Dijel 6 bulan palsukan sijil cuti sakit RM4 juta dalam amanah saham

- Nor Azura Abdul Jalil zura_jalil@hmetro.com.my

Padah memalsukan sijil cuti sakit kosong, seorang juruwang dipenjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam selepas mengaku bersalah melakukan kesalahan itu yang turut menjadi viral di WhatsApp.

Majistret Husna

Dzulkifly menjatuhka­n hukuman itu terhadap Nurul Hidayah Mohammad, 24, dan memerintah­kannya menjalani hukuman penjara itu berkuatkua­sa dari tarikh jatuh hukum (semalam).

Mengikut pertuduhan, Nurul Hidayah didakwa memalsukan sijil cuti sakit kosong yang dicop dengan nama Pegawai Perubatan (WD44), Jabatan Pesakit Luar Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Fakarrudin serta cop jabatan.

Kesalahan itu dilakukan di hadapan Pasar Raya

Ong Tai Kim, Jalan Sentul Pasar di sini, pada jam 1 petang, 2 Ogos lalu.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam menangis teresak-esak ketika merayu supaya mahkamah tidak mengenakan hukuman penjara terhadapny­a atas alasan dia sakit dan tinggal bersama ibunya.

Bagaimanap­un,

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zikri Jaafar memohon hukuman setimpal memandangk­an kes itu telah menjadi viral di aplikasi WhatsApp.

Berdasarka­n fakta kes, pengadu iaitu Penolong Pegawai Kanan HKL di Unit Tatatertib cawangan Sumber Manusia HKL membuat laporan polis bahawa tertuduh ada menawarkan sijil cuti sakit palsu yang ketika itu sudah viral dalam WhatsApp.

Bertindak daripada maklumat itu, pada 2 Ogos lalu, jam 12.55 tengah hari, pengadu dengan bantuan anggota polis dari Balai Polis Sentul berjumpa seorang wanita di tempat kejadian.

Wanita itu menyerahka­n sekeping sijil cuti sakit kosong yang dijual dengan berharga RM25 sebelum ditahan pihak polis. Hasil siasatan mendapati nama Doktor Mohd Fakarrudin tidak berkhidmat di HKL.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas dua pertuduhan membabitka­n diri dalam aktiviti penggubaha­n wang haram berjumlah RM4 juta, tahun lalu.

Datuk Khalid Omar, 56, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa membabitka­n diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memiliki wang berjumlah RM1,984,797.08 dalam akaun Amanah Saham Wawasan 2020 miliknya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Amanah Saham Nasional Berhad, Menara PNB, Jalan Tun Razak pada 1 September 2015.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama dengan memiliki wang berjumlah RM2,135,634,13 dalam akaun Amanah Saham Didik miliknya di tempat yang sama pada 1 Julai 2016.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram ( AMLATFPUAA) 2001 (Akta 613) yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan atau RM5 juta mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib memohon mahkamah memindahka­n kes itu

„ Mahkamah izin permohonan agar Pengarah JKR Melaka dibicara bersama 16 pertuduhan lain

 ?? FOTO: ?? KHALID menutup mukanya bagi mengelak wajahnya dirakam jurugambar selepas keluar dari kamar mahkamah di Mahkamah Majistret, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
FOTO: KHALID menutup mukanya bagi mengelak wajahnya dirakam jurugambar selepas keluar dari kamar mahkamah di Mahkamah Majistret, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia