Harian Metro

Lega derita berkurang

-

Johor Bahru: Keluarga pesakit kulit, Aiman Farish Mohd Anuar, 7, yang sebelum ini menyewa di bilik sempit kini menarik nafas lega apabila lima beranak itu berpindah di kediaman lebih selesa di Masai, di sini, sejak seminggu lalu, hasil bantuan orang ramai.

Bapanya, Mohd Anuar Husain, 32, berkata, semua yang diperoleh itu hasil sumbangan orang ramai selepas kisah mereka lima beranak dilaporkan di Harian Metro (HM), Julai lalu.

Menurutnya, jika sebelum ini, mereka sekeluarga terpaksa berhimpit, kini rumah disewanya di Masai lebih luas dan mempunyai dua bilik.

“Syukur Alhamdulil­lah, selepas kesempitan hidup kami disiarkan di HM, banyak bantuan kami terima daripada kewangan hingga ke makanan, malah rezeki kerja saya juga semakin bertambah,” katanya.

Mohd Anuar berkata, walaupun kadar sewanya sedikit mahal berbanding dulu namun ia penting memandangk­an anak sulungnya yang menghidap penyakit kulit itu tidak boleh dibiarkan dalam keadaan panas dan berhabuk.

Dia berkata, selepas kisah mereka disiarkan, keluargany­a turut mendapat tajaan sepenuhnya daripada syarikat gel gamat terkemuka untuk mengubati penyakit kulit anaknya itu.

Mohd Anuar berkata, keadaan kulit anaknya juga beransur pulih.

“Mungkin sebab gel gamat atau persekitar­an rumah, namun saya cukup gembira kerana kulit dia mula kering,” katanya.

Kisah Aiman Farish pernah disiarkan di HM selepas mereka sekeluarga terpaksa mendiami bilik sewa bersama dua lagi adiknya kerana Mohd Anuar tidak berkemampu­an menyewa sebuah rumah.

Bagi yang ingin meringanka­n beban keluarga ini, boleh menyalurka­n sumbangan melalui akaun Maybank, Mohd Anuar Husain (1512401153­32).

 ??  ?? MOHD Anuar bersama isteri dan anaknya di kediaman lebih selesa.
MOHD Anuar bersama isteri dan anaknya di kediaman lebih selesa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia