Harian Metro

Nasi tak cukup lauk pula basi

- Iskandar Shah Mohamed iskandar@hmetro.com.my

„ Syarikat katering diarah bayar ganti rugi

“Bukan hanya bekalan nasi tidak mencukupi dan lauk basi, malah kami terpaksa menggantik­annya dengan masakan sendiri untuk dihidang kepada tetamu,” kata kakitangan swasta, Saiful Azhar Ramli, 25.

Semalam, sebuah syarikat penyedia perkhidmat­an pengantin dan katering diarah oleh Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), di sini, membayar RM6,052 kepada Saiful selepas gagal menyediaka­n makanan seperti dijanjikan untuk majlis perkahwina­n lelaki itu, awal bulan lalu.

Presiden TTPM Wan Rufaidah Wan Omar ketika membuat keputusan itu berkata, Saiful berhak mendapat haknya semula kerana membabitka­n hidangan makanan untuk tetamu.

“Sehubungan itu, pihak penentang (syarikat) diarah membayar RM6,052.50 iaitu sebahagian daripada nilai yang terpaksa ditanggung oleh penuntut.

“Ganti rugi itu perlu dilakukan dalam tempoh 14 hari bermula hari ini (semalam),” katanya.

Dalam pada itu, Saiful berkata, syarikat berkenaan sepatutnya menyediaka­n makanan untuk 1,000 tetamu pada majlis perkahwina­n dia dan kakaknya, Naemah Ramli, 34, pada 3 September lalu.

“Berdasarka­n perjanjian, kami menempah nasi beriani namun ia diganti dengan nasi minyak tanpa pengetahua­n kami.

“Selain itu, bekalan nasi terputus kira-kira jam 1 tengah hari dan mereka (syarikat katering) memberitah­u tertinggal empat hingga lima tong yang sepatutnya dibawa ke majlis terbabit.

“Ramai tetamu tidak dapat menikmati hidangan kerana nasi hanya tiba lebih dua jam kemudian hingga menyebabka­n empat plastik sampah nasi itu terpaksa dibuang,” katanya ketika ditemui Harian Metro selepas prosiding tuntutan itu, semalam.

Menurutnya, hidangan bubur pulut hitam dan ayam masak merah disediakan syarikat terbabit turut tidak boleh dimakan kerana basi.

“Selain makanan, syarikat itu bertanggun­gjawab antaranya menyediaka­n pelamin, meja makan beradab untuk empat pengantin dan fotografi dengan bayaran RM16,688,” katanya. Saiful berkata, dia yang kecewa dengan perkhidmat­an itu bertindak membuat laporan di Balai Polis Sri Muda, di sini, untuk tindakan lanjut pada 4 September lalu. “Saya memfailkan tuntutan di TTPM sehari selepas gagal mendapatka­n kerjasama daripada syarikat itu,” katanya yang lega dengan keputusan positif mengenai tuntutanny­a.

Pada majlis yang berlangsun­g di Dewan Alamanda, Seksyen 20, di sini, dia melangsung­kan perkahwina­n dengan pasanganny­a, Nurul Fatihah Tahir, 23, manakala Naemah berkahwin dengan Mohd Fariz Mohd Nor, 32.

 ??  ?? NAEMAH (kiri), Mohd Fariz, Saiful Azhar dan Nurul Fatihah menunjukka­n laporan polis yang dibuat.
NAEMAH (kiri), Mohd Fariz, Saiful Azhar dan Nurul Fatihah menunjukka­n laporan polis yang dibuat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia