Berubah jadi baik
Tanpa hijrah tiada siapa mampu ke depan walau selangkah
yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: ‘Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?’
“Mereka menjawab: ‘Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi.’ Malaikat bertanya lagi: ‘Tidakkah bumi Allah itu luas yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya? Maka, orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.’” (Surah an-Nisa, ayat 97)
Hijrah Nabi SAW yang penuh dengan perancangan hebat bersama Sayidina
Abu Bakar RA iaitu teman Nabi di dunia dan akhirat berjaya sampai ke Madinah dengan selamat. Ini menunjukkan perancangan sangat penting bagi mencapai matlamat mulia.
Islam bukanlah agama yang menyuruh kita menjerumuskan diri ke dalam bahaya pada keadaan yang membolehkan kita dapat mengelak daripadanya.
Kita mempunyai banyak agenda yang perlu dilaksanakan walaupun sudah pasti di sana terdapat seribu satu cabaran.
Apabila Nabi SAW sampai di Madinah, Baginda disambut oleh masyarakat di sana dengan meriah dan gembira kerana menyambut seorang yang membawa cahaya untuk Madinah. Cahaya rahmat, cahaya keadilan, cahaya yang datang daripada Tuhan sekalian alam.
Maka, dilihat di sini kadangkala perubahan itu berlaku dengan meninggalkan tempat asal kita dan berpindah ke tempat lain, barulah perubahan boleh berlaku.
Perpindahan ini memang berhajat kepada pengorbanan yang besar kerana kita meninggalkan tempat kelahiran kita dengan pelbagai halangan. Namun, kita perlu bergerak ke depan. Kita berpindah untuk melaksanakan agenda kita.
Sebab itu ada puisi Arab
Memperlekehkan dia
Ramai orang mahu kejayaan tetapi mereka tidak mahu berhijrah meninggalkan sifat negatif lagi tercela.
Mereka terus malas dan melakukan maksiat. Namun, mereka mengharapkan kehidupan yang baik dan diberikan kurniaan oleh Tuhan.
Ini adalah tipu daya syaitan dan nafsu semata-mata.
Menurut Ibnu Athaillah, harapan adalah yang disertai dengan tindakan dan jika tidak disertai dengan tindakan, maka ia adalah angan-angan kosong.
Ayuh sempena Maal Hijrah ini kita melakukan perubahan ke atas diri kita agar dapat membawa umat Islam kepada kejayaan dan kemajuan. Sesiapa yang tidak berhijrah, dia tidak mampu ke depan walaupun selangkah.
Penulis ialah pendakwah dan penulis buku
“Rupa cantik tak guna kalau perangai mengalahkan setan.”
Perkara berkenaan bukan hanya terpakai dalam konteks pendidikan anak tetapi pada waktu yang sama juga dalam perhubungan.
Penulis ialah Perunding Psikologi Bahasa dan penulis buku Marah Tapi Sayang boleh dihubungi melalui Facebook Hilmi Isa (Psikologi Bahasa)