Harian Metro

Elak perkataan guris hati insan tersayang

-

“Sesungguhn­ya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri daripada perbuatan dan perkataan yang sia-sia.” (Surah al-Mukminun, ayat 1 hingga 3)

Waktu kecil, anak anda akan bercerita segala perkara dilalui dalam kehidupan seharian mereka. Namun, apabila semakin besar, mereka semakin menyepi dan menjauhkan diri.

Ada beberapa cara komunikasi yang digunakan dapat menyakiti hati anak sama ada dilakukan secara sedar atau tidak.

Menyerang peribadi, bukan isu

Cara ini bermaksud kita tidak mengkritik cara, gaya berfikir dan perbuatan seseorang. Sebaliknya, kita menyerang peribadi individu terbabit.

Kita mengatakan individu terbabit yang salah.

Sebagai contoh:

“Kau tak boleh fikir ke, Amir?”

“Kau tak matang.” “Kau tak tahu malu.” Sepatutnya, kita mengatakan perbuatan atau pendapat orang itu salah.

“Cara kau berfikir tu silap, Amir.”

“Tindakan kau tu kurang wajar.”

“Kau tak patut ikut lelaki tu naik motor.”

Merendahre­ndahkan kebolehann­ya

“Sekolah je tinggi, benda senang pun tak boleh fikir.”

“Harap nama je pelajar sekolah agama.”

“Kat sekolah jadi ketua kelas. Di rumah cakap mak bapa pun kau langgar.”

Memanggiln­ya dengan nama binatang “Anjing!”

“Lembu!” “Binatang!”

Memanggiln­ya dengan gelaran yang menghinaka­n

“Anak haram” “Budak sial”

“Otak udang”

“Harap badan saja besar.”

“Benda senang pun kau tak tahu buat.”

“Cakap pandai, belajar bebal.”

Mengkritik rupa parasnya

“Sudahlah rupa tak ada, otak pun kosong.”

“Hitam, gemuk dan pendek macam kau ni pun nak bercinta?”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia