Tiada larangan
Allah anggap peniaga tidak jujur sebagai penderhaka
menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah...” (Surah al-Jumuah, ayat 10)
Sayidina Umar RA pernah berkata: “Tidak ada tempat yang lebih aku sukai aku mati di sana setelah jihad fi sabilillah melainkan aku berada di pasar melakukan jual beli untuk memenuhi keperluan keluargaku.”
Percakapan beliau ini berdasarkan firman Tuhan yang bermaksud: “Dan yang lainnya orang-orang yang berjalan di muka bumi untuk mencari rezeki daripada limpah kurnia Allah dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela agama-Nya).” (Surah al-Muzzammil, ayat 20)
Sebab itu, berdagang bukanlah perkara yang keji dan ia tidak dibenci menurut pandangan Islam.
Tuhan memberi kurniaan kepada orang Quraisy iaitu dengan melakukan perniagaan pada musim sejuk dan musim panas, pulang pergi ke Syam dan Yaman.
Firman-Nya bermaksud: “Kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah). (Iaitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke Yaman) dan pada musim panas (ke Syam).
“Maka, hendaklah mereka menyembah Tuhan yang menguasai rumah (Kaabah) ini. Tuhan yang memberi mereka penghidupan, menyelamatkan mereka daripada kelaparan dan mengamankan mereka daripada ketakutan.” (Surah Quraisy, ayat 1 hingga 4)
Dalam kalangan sahabat, ada pedagang yang terkenal seperti Abd Rahman bin Auf. Ketika berhijrah dari Makkah ke Madinah, beliau tidak membawa harta kekayaan sedikit pun. Lalu, Nabi SAW mempersaudarakan beliau dengan Saad bin Rabi’ al-Ansari.
Maka Saad berkata kepadanya: “Wahai saudaraku! Saya termasuk orang yang mempunyai harta yang banyak, maka marilah harta itu kita bahagi dua, untukku separuh dan untukmu separuh.
“Saya juga mempunyai dua orang isteri, maka mana yang lebih berkenan di hatimu akan aku ceraikan untukmu. Apabila habis waktu idahnya, bolehlah kamu mengahwininya. Dan aku mempunyai dua rumah, diamilah satu rumah dan aku mendiami yang satu lagi.”
Tawaran Saad ini ditolak dengan penuh hormat oleh Abd Rahman. Maka, beliau berkata kepada Saad: “Wahai saudaraku! Semoga Allah memberi keberkatan kepadamu, kepada hartamu, keluargamu dan rumahmu. Sesungguhnya, saya ini adalah seorang pedagang, maka tunjukkanlah saya pasar.”
Selepas ditunjukkan tempat letaknya pasar,
Abd Rahman melakukan jual beli di sana sehingga dapat mengalahkan orang Yahudi. Abd Rahman meninggalkan harta yang sangat banyak ketika beliau meninggal dunia.
Justeru, berdagang itu tidak ada masalah.
Hanya aktiviti ini hendaklah dilakukan dengan berhati-hati kerana dalam berniaga ada perkara yang boleh mengheret seseorang mendapat kemurkaan
Allah iaitu terjerumus ke neraka.
Sebab itu, Rasulullah
SAW bersabda, mafhumnya: “Sesungguhnya peniaga itu akan dibangkitkan pada hari kiamat sebagai penderhaka melainkan yang bertakwa kepada Allah, berbuat baik dan jujur.” (Riwayat at-Tirmidzi)
Sebarang kemusykilan, sila e-melkan kepada: rencana@hmetro.com.my.
Penulis ialah pendakwah