Harian Metro

Solat pemudah cara buka pintu rezeki

- Aishah Fauzi dan Farah Adibah Mohd Apandi

Islam tidak melarang seseorang untuk memiliki harta. Malah, kita dianjurkan supaya rajin berusaha dalam mencari sesuatu bagi keselesaan hidup.

Namun, jangan sampai harta itu menyebabka­n kita lalai daripada mengingati-Nya, sekali gus mengabaika­n tanggungja­wab menunaikan perintah-Nya.

Firman-Nya bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu dilalaikan oleh (urusan) harta benda kamu dan anak-pinak kamu daripada mengingati Allah (dengan menjalanka­n perintah-Nya).

“Dan (ingatlah), sesiapa yang melakukan demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” (Surah al-Munafiqun, ayat 9)

Harta adalah pinjaman sementara yang sering menyebabka­n manusia leka bahawa ia sebenarnya adalah ujian. Hanya manusia beriman dapat menguruska­n hartanya dengan amanah dan sebaik-baiknya.

Firman-Nya dalam surah al-Kahfi, ayat 46 bermaksud: “Harta benda dan anak-pinak itu adalah perhiasan hidup di dunia dan amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik di sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.”

Keberkatan harta melalui solat

Keberkatan harta akan diperoleh sekiranya disertai bersama reda-Nya. Ada waktu, seseorang mempunyai banyak harta tetapi hati masih gelisah. Ini kerana orang yang menyibukka­n dirinya mengejar harta leka sehingga tidak sempat menunaikan kewajipan kepada Tuhannya.

Peranan solat dalam kehidupan boleh dilihat daripada hasil didikan Rasulullah SAW kepada sahabat Baginda.

Hal ini kerana sahabat Rasulullah SAW adalah generasi terbaik lantaran mendapat sentuhan dan bimbingan secara langsung oleh Baginda dalam memelihara solat.

Ini dapat dilihat daripada teladan seorang sahabat yang terkenal dengan kekayaanny­a iaitu Abd Rahman bin Auf. Beliau seorang yang sentiasa menjaga solatnya walaupun mempunyai banyak harta.

Solat juga dianggap sebagai pembuka jalan atau pemudah cara bagi mendapatka­n rezeki.

Sebagai hamba-Nya yang beriman, kita perlu yakin setiap rezeki diterima adalah datang daripada-Nya.

Dia berhak memberi dan menahan rezeki kepada sesiapa dikehendak­i-Nya. Ini berdasarka­n firman-Nya yang bermaksud:

“Dan perintahka­nlah keluargamu serta umatmu mengerjaka­n solat dan hendaklah kamu tekun bersabar menunaikan­nya.

“Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kami yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Taha, ayat 132)

Hakikatnya, mencari harta bukanlah suatu yang dilarang dalam

Islam. Namun, sekiranya penumpuan terhadap harta dilebihkan sehingga melalaikan diri kepada Tuhan. Ia bukan lagi satu kelebihan, bahkan kemudarata­n yang membawa kepada kerugian di dunia dan akhirat.

Firman-Nya dalam surah al-Mukminun, ayat1dan2 bermaksud: “Sesungguhn­ya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya.”

Penulis dari Jabatan Pematuhan Syariah, Takaful Ikhlas Berhad

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia