Harian Metro

Tebal muka minta air

-

„ Peniaga masakan panas ambil bekalan di pusat cuci kereta

“Kami 13 beranak terpaksa tebal muka mengambil air di pusat cuci kereta sebab itu sahaja sumber air yang kami ada,” kata peniaga trak makanan, Rasaidi Abdul Rashid, 40, susulan kawasan kediamanny­a mengalami gangguan bekalan air selama dua minggu.

Rasaidi yang tinggal di Taman Tasik Semenyih, di sini, terpaksa berulang-alik lebih tiga kali sehari dari rumahnya ke pusat cuci kereta dengan jarak kira-kira dua kilometer untuk mendapatka­n sumber air.

Menurut Rasaidi, dia memerlukan bekalan air yang banyak kerana menguruska­n perniagaan masakan panas selain mempunyai 11 anak berusia dua hingga 17 tahun dan ramai yang masih bersekolah.

“Pada mulanya malu juga apabila rakan yang bekerja di pusat cuci kereta itu menawarkan bekalan air, tetapi sudah dua minggu terdesak dengan keperluan air, kami terpaksa tebal muka setiap hari berulang-alik lebih tiga kali.

“Saya juga terpaksa mengeluark­an perbelanja­an untuk membeli lima tong mengisi air kerana kuali dan periuk belanga yang digunakan untuk perniagaan perlu dicuci setiap hari.

“Bekalan tidak tentu, kadangkala ramai anak kami yang kerap buang air dan perlu dibersihka­n. Sampai pernah juga kami terpaksa membeli air mineral kerana bekalan air habis.

“Lori tangki ada masuk kawasan ini tetapi saya berniaga dari pagi hingga malam dan isteri menguruska­n anak sekolah. Memang kadangkala kami tidak sempat mengambil air dari lori tangki,” katanya.

Suri rumah, Zaitun Mahmud, 53, berkata, penduduk di Bandar Sunway Semenyih seperti dipermaink­an berhubung gangguan bekalan air yang berlaku sejak dua minggu lalu.

“Air paip sekejap ada, sekejap tiada. Bila saya simpan bekalan air banyak dan berjimat, air paip berfungsi dan lori tangki kerap lalu di hadapan rumah. Tetapi bila bekalan habis, saya terpaksa pula keluar mencari air selepas lori tangki tidak muncul-muncul. “Notis yang dikeluarka­n pula seperti tidak tepat. Difahamkan, bekalan air dikatakan akan pulih seperti waktu yang ditetapkan, namun kami masih tersekat bekalan pada waktu itu,” katanya.

Menurutnya, masalah bekalan air yang berlarutan sejak dua minggu lalu menyebabka­n perbelanja­an bulanannya meningkat sekali ganda akibat membeli peralatan persediaan bagi menghadapi gangguan bekalan.

Tinjauan Harian Metro di Taman Tasik Semenyih, Bandar Sunway Semenyih, Taman Bukit Semenyih dan Bukit Semenyih Fasa 2 mendapati lokasi itu antara kawasan paling terjejas kerana berada di kawasan bukit.

Kebanyakan penduduk yang terputus bekalan air di kawasan itu mengadu supaya pihak berkaitan memperbany­akkan kitaran lori tangki di taman perumahan mereka agar bekalan boleh bersilih ganti.

Sementara itu, Setiausaha Pertubuhan Gagasan Prihatin Semenyih Hamdan Abu berkata, dia berharap kerajaan negeri serta pihak berwajib segera menyelesai­kan masalah berkenaan tanpa melengah-lengahkan tindakan.

“Difahamkan, premis yang menyebabka­n pencemaran sudah dikesan lebih awal tetapi pihak berkenaan lambat mengambil tindakan. Selain itu, loji ditutup empat kali kerana tercemar, tetapi pada masa yang sama boleh berlaku catuan mengikut zon.

“Apabila loji sudah dibuka semula, khidmat lori tangki dari lima negeri pula dipanggil untuk bantuan krisis air. Penyelesai­an perlu dilakukan segera,” katanya.

 ??  ?? RASAIDI (kiri) bersama anaknya mengangkat air yang diambil dari pusat cuci kereta.
RASAIDI (kiri) bersama anaknya mengangkat air yang diambil dari pusat cuci kereta.
 ??  ?? PEKERJA kedai menunjukka­n air mineral yang laris dijual sejak dua minggu lalu.
PEKERJA kedai menunjukka­n air mineral yang laris dijual sejak dua minggu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia