Lindungi sumber air
KeTTHA ambil inisiatif kaji semula undang-undang sedia ada
perlu dilakukan kerana kuasa dan undang-undang sedia ada ketika ini adalah terhad dan ia tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya kepada mereka yang tidak bertanggungjawab.
“Kira-kira 500,000 pengguna air di tempat yang terjejas dengan pencemaran berlaku dan kerajaan tidak akan memberi peluang kepada mereka yang bertanggungjawab dan bersalah dalam hal ini.
“Meskipun wujud masalah penutupan Empangan Semenyih berlaku di negeri Selangor, ia tetap berkait rapat dengan pelbagai pihak dan industri. Kita sentiasa komited untuk memastikan kualiti air yang disalurkan adalah terbaik untuk digunakan dengan sebaiknya kepada rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis pembukaan Pameran dan Persidangan Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) 2016, semalam.
Hadir sama, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron, Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr James Dawos Mamit, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri S K Devamany dan Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Seri Dr Zaini Ujang.
IGEM 2016 yang berlangsung selama empat hari itu menghimpunkan profesional dan pakar industri teknologi hijau dari 30 negara seluruh dunia dengan kira-kira 400 pempamer yang menampilkan teknologi serta produk dalam industri terbabit.
Sementara itu, Ongkili berkata, kementeriannya turut mencadangkan kerajaan Selangor dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (SPLASH) untuk melanjutkan tarikh perbincangan bagi mengambilalih syarikat konsesi air berkenaan yang akan tamat pada 7 Oktober.
Beliau berkata, setakat ini perbincangan menyeluruh sedang berjalan antara kedua-dua pihak bagi menyelesai dan memuktamadkan perkara terbabit.
“Ketika ini, perbincangan masih diadakan dan kita menjangkakan untuk melanjutkan tarikh tutup antara kerajaan Selangor dan Kerajaan Pusat.
“Kedua-dua pihak perlu melanjutkan tarikh perbincangan kerana banyak isu bercampur perlu diselesaikan segera di Selangor supaya ia tidak menimbulkan sebarang masalah pada masa depan,” katanya.