Harian Metro

Tali leher ‘khas’ dari Mumbai

- Asmah Rusman asmah_rusman@hme- tro.com.my

„ Polis rampas syabu bernilai RM163,000 daripada sindiket didalangi warga Nigeria

Sorok dadah dalam kotak set tali leher sebelum diseludup melalui kargo udara dari Mumbai, India ke Malaysia.

Itu taktik terbaru sindiket dadah didalangi warganegar­a Nigeria yang dikesan mengubah destinasi asal dadah diseludup bagi mengaburi pihak berkuasa.

Bagaimanap­un taktik itu berjaya ‘dihidu’ Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman yang menahan tujuh warga asing dan seorang wanita tempatan berusia 25 hingga 38 tahun.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Sri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, lebih enam kilogram dadah ganja dan syabu bernilai RM163,000 dirampas dalam serbuan di lima lokasi sekitar Selangor dan Kepong di sini. “Dua sindiket dadah didalangi warga Nigeria berjaya ditumpaska­n dalam operasi ini. Malah dadah yang diseludup melalui Mumbai, India, sangat jarang berlaku.

“Dalam serbuan pertama pada 30 September lalu, lima ahli sindiket membabitka­n dua lelaki Nigeria, seorang lelaki Republic of Guinea, seorang lelaki Uganda dan seorang wanita tempatan ditahan,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini, semalam.

Menurutnya, tiga lagi ahli sindiket membabitka­n dua lelaki Nigeria dan seorang wanita warganegar­a Indonesia ditahan di dua lokasi di Kepong dan Cyberjaya, Selangor dalam serbuan kedua Selasa lalu.

Beliau berkata, polis turut merampas tiga kenderaan model Proton Pesona, Perodua Viva dan Proton Wira Aeroback milik suspek dianggarka­n bernilai RM48,000.

“Kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat antara JSJN dengan agensi penguatkua­saan dadah antarabang­sa dalam usaha membantera­s kegiatan penyeludup­an dan pengedaran dadah,” katanya.

Katanya, seramai 264 warganegar­a Nigeria ditahan JSJN sejak tahun 2015 hingga 2 Oktober lalu kerana terbabit dalam aktiviti penyeludup­an dan pengedaran dadah.

“Manakala tangkapan warga asing sepanjang tahun ini berjumlah 6,138 individu dan 149 daripada mereka menggunaka­n pas pelajar,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia