Harian Metro

Dua maut, tiga cedera kereta bertembung

-

Alor Gajah: Dua remaja lelaki maut manakala tiga lelaki cedera apabila dua kereta bertembung di Jalan Lendu Dalam, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 11.50 malam, mangsa, Muhammad Nurhaikal Hashim, 19, penuntut Jurusan Automotif, Kolej Vokasional Haji Mohd Zin, di sini, dan Osman Endut @ Pateh, 19, seorang mekanik menaiki kereta Proton Satria bersama tiga lagi rakan mereka dalam perjalanan dari arah Lendu ke bandar Melaka.

Apabila sampai di lokasi kejadian, kereta yang mereka naiki dipercayai hilang kawalan sebelum bertembung dengan kereta Perodua Myvi dipandu Muhammad Rozul Hakim Md Nahir, 28, yang dalam perjalanan pulang ke tempat kerja.

Menurut sumber, kedua-dua mangsa, Muhammad Nurhaikal dan Osman duduk di tempat duduk belakang kereta Proton Satria yang dipandu Muhammad Zulradi Mohamad Japir, 20.

Selain dua yang maut, Muhammad Zulradi patah tulang pinggul, Muhammad Rizwan Jantan pula cedera ringan pada kaki dan kepala manakala Muhammad Rozul Hakim pula luka di kepala.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superinten­dan A Asmadi Abd Aziz berkata, semua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatka­n rawatan lanjut manakala dua mangsa yang meninggal dunia dihantar ke Jabatan Forensik hospital sama untuk dibedah siasat.

“Pihak hospital mengesahka­n kematian Muhammad Nur Haikal akibat kecederaan dalaman manakala Osman pula maut akibat parah di kepala.

“Semua kenderaan dibawa ke Balai Trafik Alor Gajah untuk urusan pemeriksaa­n Puspakom dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN kereta Perodua Myvi dan Proton Satria yang terbabit kemalangan di Jalan Lendu Dalam, Alor Gajah.
KEADAAN kereta Perodua Myvi dan Proton Satria yang terbabit kemalangan di Jalan Lendu Dalam, Alor Gajah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia