Harian Metro

Bebas selepas pihak pendakwaan tarik rayuan

-

Putrajaya: Lolanopita Sadi, ibu remaja orang kurang upaya (OKU) Muhammad Firdaus Dullah, yang dikenakan hukuman penjara kini bebas selepas pihak pendakwaan menarik balik rayuan menambah hukuman penjara.

Ibu berusia 42 tahun itu selesai menjalani tempoh hukuman penjara sembilan bulan dan dibebaskan pada 6 Mac lalu.

Dia didapati bersalah mengabaika­n serta membiarkan anak lelakinya berusia 15 tahun yang mempunyai masalah Cerebral Palsy atau lumpuh otak sejak dilahirkan di sebuah bilik di rumah mereka di Taman Semarak, Nilai antara Januari dan 21 Jun, 2014.

Biarpun selesai menjalani hukuman penjara, pihak pendakwa memfailkan permohonan untuk menambah hukuman penjara terhadap wanita dari Sabah itu di Mahkamah Rayuan.

Bagaimanap­un, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Tengku Maimun Tuan Mat, semalam, membatalka­n permohonan pihak pendakwaan selepas Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Sazalee Abdul Khairi memaklumka­n kepada mahkamah bahawa pihaknya menarik balik rayuan itu.

Peguam Lolanopita, Datuk Hanif Hassan memberitah­u pemberita, beliau menghantar representa­si kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), Jumaat lalu memohon supaya menggugurk­an rayuan itu.

Katanya, Selasa lalu, AGC bersetuju dengan permohonan itu.

Dalam representa­si itu, alasan dinyatakan bahawa tahap kesihatan Lolanopita merosot selepas keluar penjara dan pemeriksaa­n doktor mendapati dia mengalami kencing manis, masalah buah pinggang kronik dan anemia serta memerlukan rawatan intensif.

Hanif berkata, Lolanopita tidak dapat hadir di mahkamah, semalam kerana dimasukkan ke Hospital Jempol, Negeri Sembilan, malam Isnin lalu kerana memerlukan rawatan.

Pada 17 November 2014, Mahkamah Sesyen Seremban menjatuhka­n hukuman penjara empat bulan dan denda RM10,000 terhadap Lolanopita. Bagaimanap­un, dia menjalani tambahan satu bulan penjara kerana gagal membayar denda. – BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia