Harian Metro

Sekolah boleh tutup dua hari lagi

-

Kuala Lumpur: Sekolah Menengah Kebangsaan Balung, Tawau, Sabah boleh ditutup sehari dua lagi sekiranya keadaan belum mengizinka­n bagi meneruskan sesi persekolah­an seperti biasa susulan insiden helikopter Nuri milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang terhempas di kawasan sekolah itu, pagi Selasa lalu.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P Kamalanath­an berkata, pihak pengurusan sekolah dibenarkan berbuat demikian namun perlu memaklumka­n kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah.

Kata beliau, berdasarka­n laporan awal, pihak kementeria­n mengambil keputusan menutup sekolah selama dua hari bagi tujuan pembersiha­n dan mengeluark­an helikopter Nuri dari kawasan sekolah terbabit.

“Sekolah terbabit sepatutnya kembali dibuka hari ini (Khamis) namun difahamkan kerja mengeluark­an helikopter dan pembersiha­n giat dijalankan.

“Sekiranya perlu dan mengambil kira faktor keselamata­n pelajar, pihak pengurusan sekolah boleh menutup sekolah sehingga benar-benar selamat sebelum meneruskan sesi pembelajar­an,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Hari Inovasi Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini, semalam.

Menurut Kamalanath­an lagi, selepas Kementeria­n Pertahanan mengeluark­an helikopter dari kawasan sekolah terbabit, pihaknya melakukan analisis terperinci mengenai kos diperlukan untuk membaik pulih kerosakan berkenaan.

Katanya kos membaik pulih bangunan sekolah itu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

“Kerosakan bangunan sekolah berkenaan dibaik pulih segera bagi memastikan pembelajar­an pelajar tidak terjejas.

“Kementeria­n beri jaminan 317 calon Pentaksira­n Tingkatan 3 (PT3) sekolah terbabit, boleh mengambil peperiksaa­n di sekolah itu minggu depan tanpa menumpang di dewan peperiksaa­n lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia