Harian Metro

‘Janganlah desak begitu’ ‘Ini sumber rezeki kami’

- Maiamalina Mohamed Amin maiamalina@hmetro.com.my

Gua Musang: “Kita perlu faham pembalakan juga hasil negeri yang dikembalik­an semula untuk rakyat dalam bentuk pembanguna­n. Jadi, janganlah desak begitu,” kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Beliau mengulas desakan kira-kira 200 Orang Asli yang mahu pembalakan di Hutan Simpan Balah, di sini, dihentikan selama-lamanya. Kumpulan itu turut mengadakan sekatan di laluan keluar masuk utama balak dekat Pos Tohoi menghala ke Pos Gob.

Ahmad berkata, kerajaan negeri tidak akan menghentik­an aktiviti pembalakan, sebaliknya masalah yang timbul di kawasan itu hanya disebabkan salah faham etnik Temiar itu.

Beliau berkata, saluran penyelesai­an sentiasa terbuka dan percaya isu itu akan diselesaik­an dengan cara baik untuk faedah masa depan semua pihak.

“Aktiviti yang dilakukan di hutan itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan serta dalam pemantauan pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui pada Majlis Perasmian Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing di Pos Brooke, di sini, semalam.

Sejak minggu lalu, 200 penduduk Orang Asli berhimpun dan membina sekatan menghalang hasil hutan dibawa keluar syarikat pembalakan dan mendesak kerajaan negeri menghentik­an terus aktiviti itu yang didakwa mengganggu kehidupan mereka.

Ketika segelintir Orang Asli dari suku Temiar menentang pembalakan di Hutan Simpan Balah, di sini, ada antara mereka pula yang menyifatka­n aktiviti itu sumber rezeki menyara keluarga.

Untuk golongan ini, mereka memperoleh sekurang-kurangnya RM10 bagi pekerjaan merantai balak di atas setiap treler di kawasan pengumpula­n hasil hutan itu yang dikenali sebagai betau.

Seorang daripadany­a ialah Jelain Anas, 32, yang mengakui pembalakan membantuny­a mencari pendapatan tambahan untuk keluarga selain daripada menoreh getah.

“Biasanya saya menoreh getah di kawasan dekat rumah ini, tetapi kalau getah kurang, selalulah ke betau ini untuk rantai balak atas treler.

“Dapat RM10 untuk setiap treler. Setiap hari ada banyak treler keluar masuk, jadi boleh dapat banyak lagi,” katanya ketika ditemui di satu kawasan betau dekat dengan Pos Tohoi, di sini.

Menurutnya, wang diperlukan untuk membeli barang keperluan dan mengisi petrol motosikaln­ya.

“Dulu lain, pergi ke hutan untuk dapatkan makanan. Sekarang kedai runcit ada, boleh beli keperluan di situ tapi perlukan wang. Sebab itu kena kerja,” katanya.

Dia mengakui tidak masuk campur urusan Orang Asli yang mengadakan sekatan untuk menentang pembalakan, malah mendakwa tidak

„ Segelintir Orang Asli dakwa sara keluarga melalui aktiviti pembalakan

mengetahui apa-apa mengenai perkara itu.

Dalam pada itu, penduduk Pos Penad, Ayel Ajeb, 49, menolak pembalakan kerana menganggap ia tidak menguntung­kan Orang Asli yang masih bergantung kepada hutan untuk sumber makanan dan tempat tinggal.

“Memang kita sudah kurang memburu, kadang kala saja pergi. Tapi pembalakan ini tidak bawa hasil kepada kami. Hanya mereka saja kaut untung.

“Sebab itu kami perlu pertahanka­n hak ini,” katanya.

 ??  ?? AHMAD memotong riben perasmian Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing di Pos Brooke, Gua Musang.
AHMAD memotong riben perasmian Pejabat Tanah dan Jajahan Kecil Lojing di Pos Brooke, Gua Musang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia