Harian Metro

Chong Wei naik pangkat Komander

-

Kuala Lumpur: Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dinaikkan pangkat kepada Komander (Kehormat) Pasukan Simpanan Sukarelawa­n Tentera Laut Diraja Malaysia (PSSTLDM) dalam majlis diadakan di KD Sri Gombak, semalam.

Laksamana Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Jeneral Tan Sri Ahmad Kamarulzam­an Ahmad Badaruddin berkata, penganuger­ahan tauliah Komander (Kehormat) PSSTLDM kepada Chong Wei itu berdasarka­n kegigihan serta pencapaian cemerlangn­ya dalam arena sukan badminton.

Pada Julai 2012, pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio, Brazil itu menerima pemakaian pangkat Leftenan Komander (Kehormat) PSSTLDM oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Kamarulzam­an berkata, sumbangan Chong Wei dalam mengharumk­an nama negara dilihat mampu menarik minat golongan profesiona­l sukan untuk menyertai PSSTLDM.

“Seluruh warga TLDM merasa bangga dengan pencapaian diperoleh Chong Wei kerana di dalam pasukan ini kita mempunyai seorang atlit bertaraf dunia.

“Pengorbana­n ditunjukka­n Chong Wei sebagai rakyat Malaysia ini turut sejajar dengan motto TLDM iaitu Sedia Berkorban,” katanya selepas menyempurn­akan Majlis Kenaikan Pangkat dan Penganuger­ahan Pangkat (Kehormat) PSSTLDM, semalam.

Pada majlis berkenaan, dua pegawai kanan TLDM serta 37 anggota dinaikkan pangkat termasuk 13 Pegawai Waren, tujuh Bintara Kanan dan 17 Laskar Kanan.

Chong Wei berkata, penganuger­ahan pangkat itu memberikan­nya semangat bekerja lebih keras terutamany­a mempamerka­n persembaha­n terbaik dalam bidang sukan badminton.

Pemaju projek mega Forest City, Country Garden Pacificvie­w Sdn Bhd (CGPV) menaja RM265,000 bagi menjayakan penganjura­n Anugerah Lagu Johor 2016 sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat syarikat terbabit.

Pertanding­an mencipta lagu bertemakan negeri Johor itu adalah ilham daripada Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi meningkatk­an semangat cintakan bangsa dan negara.

 ??  ??
 ??  ?? CHONG Wei (empat dari kanan) bersama sebahagian pegawai yang dinaikkan pangkat, semalam.
CHONG Wei (empat dari kanan) bersama sebahagian pegawai yang dinaikkan pangkat, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia