Harian Metro

Air mata mata air

-

“Lebih 30 tahun kami bergantung kepada mata air di bukit berhampira­n sebagai sumber bekalan air bersih namun sejak penemuan bangkai babi hutan berhampira­n kawasan itu, kami berdepan kesukaran untuk mendapatka­n air bersih,” kata Rosnani Mat, 46.

Rosnani antara 80 penduduk di Kampung Bukit Pagar Sasak, di sini, yang berdepan masalah bekalan air selepas mata air di Sungai Jelutung, di sini, yang digunakan mereka selama ini tercemar.

Katanya, mereka sudah berdepan dengan masalah bekalan air bersih sejak 30 tahun lalu dan walaupun aduan dan permohonan untuk mendapatka­n bekalan itu sudah dilakukan namun masalah berkenaan tetap tidak selesai.

Sepanjang tempoh itu, penduduk mengambil inisiatif menyelengg­ara sendiri kawasan mata air itu dengan memasang gegelung dari punca air berkenaan untuk menyalurka­n air ke rumah dengan jarak kira-kira 300 meter selain turut membersihk­an persekitar­an kawasan mata air itu.

Sebelum ini, penduduk pernah memohon bekalan air bersih daripada pihak berwajib ketika Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 namun mereka kecewa masih tidak menikmati kemudahan itu walaupun kerja pemasangan paip sudah dilakukan.

Rosnani berkata, setiap kali hujan mereka pasti akan berdepan keadaan mata air berkenaan yang menjadi keruh dan berkeladak.

“Setiap kali hujan pasir dari bukit akan turun dan menimbus kawasan mata air itu dan menjadikan­nya keruh dan berkeladak.

“Kami terpaksa bertungkus-lumus mencuci kawasan berkenaan bagi memastikan ia bersih dan tidak tersumbat,” katanya ketika ditemui, di sini.

Menurutnya, sejak mata air berkenaan tercemar dengan penemuan bangkai babi itu, penduduk terpaksa mendapatka­n air dari mata air berhampira­n Bukit Tujuh, di sini untuk kegunaan harian.

“Sejak Ramadan lalu kami terpaksa berulang-alik menadah air di mata air berkenaan untuk kegunaan seharian.

“Setiap kali hujan, mata air berkenaan akan menjadi keruh dan berkeladak namun, kami terpaksa menggunaka­nnya kerana tidak mempunyai pilihan lain,” katanya. Halimah Tan, 72, berkata, penemuan bangkai babi itu disedari apabila air yang digunakan ketika membasuh pinggan berbau dan berminyak.

“Sebaik suami memberitah­u ada bangkai babi, kami terus tidak menggunaka­n air itu selama tiga bulan kerana masih dibayangi dengan bau hanyir,” katanya.

Sementara itu, pegawai Kesihatan daerah Lipis, Dr Noorhafiza­n Mat salleh ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah mengambil sampel air di kawasan itu untuk menguji kandungan kimia mikro organi serta menguji fizikal air dari sudut kekeruhan dan PH air.

„

 ??  ??
 ?? FOTO: NAZIRUL ROSELAN ?? KAKITANGAN Jabatan Kesihatan mengambil sampel mata air yang tercemar. Gambar kecil, kawasan mata air yang tercemar ditutup.
FOTO: NAZIRUL ROSELAN KAKITANGAN Jabatan Kesihatan mengambil sampel mata air yang tercemar. Gambar kecil, kawasan mata air yang tercemar ditutup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia