Harian Metro

Bisik pada rakan

- Amrullah Abdul Karim am@hmetro.com.my

„ Jemaah haji mahu disemadika­n di Makkah

“Rupa-rupanya dia mahu disemadika­n di Makkah dan saya hanya mendengarn­ya daripada rakan kerana tidak pernah diberitahu sebelum ini,” kata Misiah Ismail, 49, isteri kepada seorang jemaah haji negara yang meninggal dunia di Tanah Suci, bulan lalu.

Anuar Md Isa, 54, menghembus­kan nafas terakhirny­a di Hospital King Faisal (HKF), Makkah akibat pendarahan dalam otak jam 4 pagi (waktu Arab Saudi) pada 25 September lalu.

Menurut Misiah, suaminya mula mengadu demam ketika tiba di Madinah, 15 Ogos lalu dipercayai akibat perubahan cuaca namun masih sempat mengerjaka­n umrah.

“Tiga hari sebelum mengerjaka­n ibadah wukuf, dia kelihatan semakin lemah dan kemudian dimasukkan ke hospital untuk menerima rawatan.

“Pada waktu itu, dia berpesan supaya menjaga diri dan empat anak kami sebaik-baiknya selain sentiasa mengerjaka­n ibadah,” katanya ketika ditemui pada program ziarah Tabung Haji (TH) di rumahnya di Kampung Tengah, Gedangsa, di sini, semalam.

Hadir sama, Ahli Lembaga TH Datuk Rosni Sohar dan Pengarah TH Selangor Mohd Syawal Abong.

Misiah berkata, suaminya koma selepas menjalani pembedahan di kepala di HKF sehingga akhir hayatnya.

“Saya bagaimanap­un terpaksa pulang ke Malaysia pada 23 September lalu kerana menaiki penerbanga­n lain dan terkejut menerima berita pemergian suami dua hari kemudian.

“Kami sekeluarga reda dengan ketentuan Allah dan tetap bersyukur kerana impian arwah untuk dikebumika­n di Tanah Suci tercapai,” katanya.

Sementara itu, Rosni yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Bernam berkata, TH akan melaksanak­an badal haji untuk arwah Anuar pada tahun depan kerana tidak sempat menyempurn­akan ibadah itu, tahun ini.

 ??  ?? MISIAH menerima sumbangan daripada Rosni.
MISIAH menerima sumbangan daripada Rosni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia