Harian Metro

Iphone 7 ciplak dah bersepah

-

Kuala Lumpur: Belumpun telefon pintar model Iphone 7 dijual di pasaran, berpuluh telefon pintar ‘ciplak’ model sama dikesan sudah mula dilelong berleluasa di kaki lima kedai sekitar Pasar Jalan Pudu, di sini.

Lebih mengejutka­n apabila telefon pintar itu yang berharga sekitar RM3,199 hingga RM4,799 seunit sebaliknya ditawarkan kepada orang ramai pada harga serendah RM600 seunit.

Wartawan Harian Metro yang melakukan penyamaran mendapati, peniaga telefon pintar tiruan itu sudah mula berniaga di kawasan itu seawal jam 9 pagi.

Mereka hanya menggunaka­n meja lipat sebelum berpuluh telefon pintar tiruan diatur di atas meja itu.

Ketika melalui lokasi itu, wartawan Harian Metro disapa oleh jurujual lelaki yang sedang sibuk memujuk pelanggan membeli telefon pintar tiruan itu.

“Abang mari tengok dulu, saya ada jual telefon klon. Harga boleh murah lagi. Abang cakap saja nak telefon apa. ‘Iphone 7’ klon pun ada,” katanya.

Wartawan yang membelek telefon pintar dijual itu mendapati telefon pintar dijual itu hampir sama dengan model tulen kecuali terdapat kecacatan di bahagian resolusi skrin dan kamera.

Turut kelihatan telefon pintar tiruan model Sony, Samsung, Oppo dan berapa lagi model lain yang ditawarkan kumpulan peniaga kaki lima itu.

Malah tinjauan turut mendapati, penjual telefon ‘ciplak’ ini turut aktif menggunaka­n sosial media seperti Facebook, Twitter dan Instagram untuk mempromosi telefon klon ini.

Sementara itu seorang mangsa, Siti Nabilah Roslan, 23, berkata, dia pernah ditipu penjual telefon pintar tiruan itu selepas membeli telefon pintar Iphone6 tiruan pada harga sekitar RM500 awal tahun ini.

“Pada mulanya saya sangat gembira namun terkejut apabila perisian di dalam telefon pintar itu amat berlainan terutama dari segi resolusi kamera,” katanya.

Sementara itu Pengarah Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri Koperasi Dan Kepengguna­an (KPDNKK) Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, Ummi Nasrah Othman berkata, orang ramai seharusnya sedar telefon pintar dijual itu adalah tiruan berikutan harga tidak munasabah ditawarkan.

“Tindakan rampasan pernah dilakukan KPDNKK sebelum ini namun masih ada peniaga terus menjual telefon pintar palsu ini.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat harus tampil menyalurka­n maklumat kepada KPDNKK,” katanya.

 ??  ?? LAMAN web yang menawarkan model Iphone ciplak.
LAMAN web yang menawarkan model Iphone ciplak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia