Harian Metro

Perkembang­an positif LA21

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

„ Projek dilaksana 300 rakan kongsi sumbang kepada rakyat, pembanguna­n negara

Pembabitan hampir 300 rakan kongsi dalam tempoh 10 tahun pelaksanaa­n Local Agenda 21 (LA21) di ibu kota mencermink­an usaha gigih syarikat swasta, komuniti dan agensi kerajaan dalam berpadu tenaga dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk menyumbang kepada rakyat serta pembanguna­n negara.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mhd Amin Nordin Abdul Aziz berkata, beliau yakin setiap rakan kongsi LA21 pernah berdepan rintangan dan cabaran sepanjang mengurus- kan projek masing-masing.

“Kita bangga apabila projek dilaksanak­an banyak memberi kesan positif serta menguntung­kan rakan kongsi melalui pelbagai aspek.

“Malah, ada projek LA21 kini berjaya mengukir kejayaan besar menerusi beberapa anugerah seperti Projek Taman Herba di PPR Raya Permai,” katanya dalam ucapan Pelancaran Sambutan 10 Tahun LA21 Kuala Lumpur 2016 di sini, semalam.

Teks ucapan beliau bagaimanap­un dibacakan Pengarah Eksekutif (Perancanga­n) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Mohd Najib Mohd.

Mengimbas perjalanan LA21 sepanjang tempoh sedekad lalu, Mhd Amin berkata, banyak perkembang­an positif boleh dilihat te- rutama dalam penyertaan dan pembabitan komuniti berbanding sebelumnya.

“Pelbagai aspek diberi penekanan termasuk dari sudut penilaian dan pemantauan untuk mengukur keberkesan­an setiap program berdasarka­n indikator yang dikenal pasti.

“Begitupun, penetapan tema yang dibuat menerusi LA21 banyak memudahkan DBKL dalam mengurus dan menyelesai­kan isu semasa secara fokus serta terancang,” katanya.

Jelas beliau, sehingga kini, hampir 300 rakan kongsi sudah mengikat memorandum persefaham­an (MoU) dalam melaksanak­an 12 projek utama LA21.

“Pertambaha­n bilangan rakan kongsi dari tahun ke tahun memberi keyakinan kepada DBKL bahawa LA21 adalah satu mekanisme baik dalam pengurusan perbandara­n yang semakin mencabar.

“Dalam masa sama, LA21 juga menjadikan proses interaksi dengan warga kota, pelanggan dan pihak berkepenti­ngan lebih berkesan, sekali gus membolehka­n DBKL memenuhi kehendak mereka dengan tepat,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia