Harian Metro

Cabaran dakwah zaman teknologi

- Siti Fatimah Hassan sfhassan@hmetro.com.my

„ Ketua Pengarah IKIM dipilih penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutua­n

“Bagi saya, cabaran berdakwah ketika zaman teknologi ini dilihat sebagai cabaran untuk semua khususnya dalam mengawal diri menyebarka­n ilmu dan maklumat sahih memandangk­an boleh diperoleh hanya di hujung jari,” kata Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof Datuk Dr Azizan Baharuddin selepas dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah 1438H/2016M Peringkat Wilayah Persekutua­n, semalam.

Beliau menerima anugerah itu bagi mengiktira­f sumbangann­ya yang bergiat aktif dalam pelbagai organisasi termasuk Persatuan Pencinta Alam Malaysia, Pergerakan Puteri Islam Malaysia (PPIM) selain pernah menjadi Pengerusi Jawatankua­sa Mempromosi­kan Persefaham­an dan Keharmonia­n di Antara Penganut Agama (JKMPKA), Jabatan Perpaduan Negara (JPM).

Menurut Azizan, kerja dakwah ketika ini perlu disesuaika­n dengan kepantasan teknologi memandangk­an semua maklumat mampu diperoleh dengan cepat.

“Dalam zaman sekarang, dakwah tidak mungkin boleh dilakukan secara diam kerana dalam keadaan serba canggih ini segalanya amat pantas.

“Penggunaan gajet amat meluas di semua peringkat, malah kanak-kanak turut menggunaka­nnya.

Namun, kita yang mengawal setiap maklumat yang disebarkan itu. Biarlah perkara yang disebarkan itu menyihatka­n perasaan dan jiwa,” katanya.

Sambutan Maal Hijrah itu turut memberi pengiktira­fan terhadap beberapa lagi individu menerusi anugerah sama berdasarka­n kategori iaitu Presiden Yayasan Persaudara­an Islam, Sharin Low Abdullah (kategori korporat), Imam 1 Masjid Bukit Aman Kuala Lumpur, Superinten­dan Ghazali Daud (kategori pendakwah) dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Noor Aziah Mohd Awal (kategori ilmuan). Azizan menerima hadiah wang tunai RM5,000 beserta sijil dan trofi manakala tiga lagi menerima wang tunai RM4,000 bersama sijil dan trofi.

Hadiah disampaika­n Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sambil disaksikan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Tan Sri Othman Mustapha dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI), Paimuzi Yahya.

 ??  ?? DARI kiri Sharin, Azizan, Noor Aziah dan Ghazali menerima anugerah pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutua­n di Kompleks Pusat Islam, semalam.
DARI kiri Sharin, Azizan, Noor Aziah dan Ghazali menerima anugerah pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutua­n di Kompleks Pusat Islam, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia