Harian Metro

BUDAK PALING TABAH

- Agensi

Seorang pelajar berusia 11 tahun yang menghidap leukemia menjadi inspirasi di China apabila dia sering mengembara seorang diri sejauh 400 kilometer untuk menerima rawatan dan tetap hadir ke sekolah pada keesokan harinya.

Shi Luyao yang tinggal di sebuah kampung berhampira­n bandar Liupanshui di wilayah Guizhou disahkan menghidap leukemia pada November 2013.

Bapanya kemudian membawa Shi berpindah ke wilayah Anhui supaya dia boleh menjalani rawatan kemoterapi di hospital di sana.

Sepanjang dua tahun menjalani rawatan, Shi terpaksa bercuti tetapi dia tetap bersemanga­t meneruskan pembelajar­annya dengan meminjam buku rakan-rakannya.

Selepas selesai menjalani rawatan kemoterapi, Shi kembali semula ke kampung halamannya dan meneruskan persekolah­annya.

Bagaimanap­un, Shi tetap perlu selalu menjalani biopsi tulang sumsum di sebuah hospital di Kunming di wilayah Yunnan yang terletak kira-kira 400 kilometer dari kampungnya.

Kerana bapanya perlu bekerja, Shi seorang diri menaiki kereta api menuju ke Kunming yang memakan masa enam jam untuk ke hospital.

Walaupun doktor menasihatk­an pesakit berehat selepas prosedur berkenaan, Shi segera menaiki kereta api untuk pulang supaya dia sempat ke sekolah.

Shi berkata, mengembara seorang diri dalam keadaan lemah kadangkala membuatnya sedih.

“Saya seperti mahu menangis tetapi saya tidak boleh membiarkan orang ramai melihat saya mengalirka­n air mata kerana mereka akan tahu saya keseoranga­n,” katanya.

Gurunya berkata, walaupun Shi tidak bersekolah dua tahun dan sering cuti sakit, dia sering mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaa­n.

Kisah Shi menyentuh hati pengguna media sosial di China selepas ia viral di Internet dan ramai menganggap­nya sebagai kanak-kanak paling tabah.

Pelajar tetap ke sekolah selepas ulang-alik 400km untuk rawat leukemia

 ??  ?? SHI mengalirka­n air mata ketika menceritak­an penderitaa­nnya
kepada wartawan.
SHI mengalirka­n air mata ketika menceritak­an penderitaa­nnya kepada wartawan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia