Harian Metro

Makin popular

- AFP

Tinjauan pendapat dapati majoriti berpuas hati dengan prestasi Duterte

Walaupun dikritik hebat selepas kempen memerangi dadahnya mengakibat­kan lebih 3,000 suspek dibunuh dan mengeluark­an pelbagai kenyataan kontrovers­i, Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dilihat semakin popular dalam kalangan rakyat negara itu.

Satu tinjauan pendapat bebas yang disiarkan semalam sempena tiga bulan pemerintah­an Duterte mendapati majoriti besar responden berpuas hati dengan prestasi pemimpin itu.

Tinjauan pendapat yang dijalankan oleh Stesen Cuaca Sosial mendapati 76 peratus responden berpuas hati dengan prestasi Duterte sejak dia berkuasa pada Jun lalu.

Manakala cuma 11 peratus responden menyatakan tidak berpuas hati dengan prestasi Duterte dan selebihnya tidak membuat keputusan. “Prestasi presiden bermula dengan sangat baik. Apa yang dilakukan Duterte mendapat kepercayaa­n rakyat,” kata jurucakap Duterte.

Kumpulan kaji selidik berpangkal­an di Manila itu membuat tinjauan terhadap 1,200 responden dewasa di seluruh negara pada 24 hingga 27 September lalu.

Setiap responden ditanya pendapat mereka mengenai prestasi Duterte sebagai presiden tanpa merujuk kepada kempen memerangi dadah pemimpin itu.

Keputusan tinjauan pendapat itu menunjukka­n populariti Duterte melonjak dan menerima lebih banyak sokongan berbanding ketika pilihan raya presiden pada Mei lalu.

Pada pilihan raya itu, Duterte dianggap menang besar walaupun hanya memperoleh 37.6 peratus undian.

Duterte mendapat sokongan besar selepas dia berjanji untuk membasmi jenayah dalam tempoh enam bulan pemerintah­annya.

Sejak Duterte berkuasa, lebih 3,000 suspek dadah dibunuh dalam kempen memerangi dadah yang dilancarka­n presiden itu sehingga dikritik hebat aktivis hak asasi manusia.

 ??  ?? REAKSI Duterte ketika berucap di sebuah pangkalan tentera di Taguig baru-baru ini. - EPA
REAKSI Duterte ketika berucap di sebuah pangkalan tentera di Taguig baru-baru ini. - EPA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia