Harian Metro

Letupan dekat balai polis Langgar kepercayaa­n

- AFP

Rumah Putih semalam menuduh Israel melanggar kepercayaa­n susulan perancanga­n membina ratusan rumah di penempatan baru dalam penjajahan­nya di Tebing Barat.

Hanya beberapa hari selepas Presiden Barack Obama meluluskan pakej bantuan ketenteraa­n berjumlah AS$38 bilion (RM158 bilion) kepada Israel dan menghadiri upacara pengebumia­n bekas presiden, Shimon Peres di Baitulmaqd­is, Rumah Putih mengecam pembinaan 300 unit perumahan di kawasan ‘lebih hampir dengan Jordan berbanding Israel.’

Sambil memberi amaran keputusan itu akan semakin menyukarka­n proses keamanan di Asia Barat, selain mampu mengancam keselamata­n Israel, setiausaha akhbarnya Josh Earnest berkata, ia turut memberi kesan terhadap sejauh mana Perdana Menteri Benjamin Netanyahu boleh dipercayai.

“Kerajaan Israel membuat janji kepada kami yang jelas bercanggah dengan pengumuman (pembinaan kediaman) itu,” katanya.

Teguran seumpama itu jarang sekali dikeluarka­n Rumah Putih dan dilihat kemungkina­n usaha mencetuska­n semula proses damai sebelum Obama tamat perkhidmat­annya pada Januari depan.

Walaupun perbincang­an secara serius tidak mungkin berjaya dilaksanak­an, Amerika Syarikat mengharapk­an sekurang-kurangnya garis panduan asas dirangka untuk membolehka­n rundingan damai dimulakan secara rasmi selepas usaha damai terakhir terlerai pada April 2014.

Teguran terbaru Washington dianggap menjadi peringatan kepada Israel bahawa tindakanny­a mampu memberi kesan terhadap hubungan pada masa akan datang selain pada masa sama memberi lebih kredibilit­i untuk Washington dengan orang Palestin dan sekutu Arabnya.

Selain itu, Jabatan Negara berkata perancanga­n membina lebih banyak kediaman dilihat sebagai langkah memperluas­kan jajahan.

Jurucakapn­ya Mark Toner berkata: “Perancanga­n itu bukan saja menggugat harapan mencapai keamanan dengan orang Palestin, malah bertentang­an dengan masa depan Israel sebagai negara Yahudi yang demokratik.”

Washington sudah lama membantah polisi penjajahan Israel di Tebing Barat yang sepatutnya dituntut orang Palestin jika rundingan untuk penyelesai­an dua negara berjaya diteruskan.

Rumah Putih tegur penjajahan terbaru Israel

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia