Harian Metro

TAGIH TUAH SUZUKA

- Reuters

Honda, pembekal enjin kepada bekas juara dunia McLaren, menjangkak­an kepulangan lebih memggembir­akan berbanding tahun lalu pada Grand Prix Formula Satu Jepun, Ahad ini.

Perlumbaan tahun lalu di Litar Suzuka milik Honda jelas paling mengecewak­an buat pengeluar Jepun itu, yang dicemari dengan prestasi teruk dan kualiti yang tidak boleh diharap daripada enjin mereka.

Ketika pasukan pengurusan Honda menonton aksi, Fernando Alonso

dan Jenson Button mudah diatasi lawan, menyebabka­n pemandu Sepanyol itu mengkritik enjin dalam komen radio yang disiarkan secara langsung

(gambar)

ke seluruh dunia.

“Saya tidak berada dalam pasukan yang mengalami situasi Suzuka itu jadi saya tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya,” ujar ketua F1 Honda, Yusuke Hasegawa, yang menggantik­an Yasuhisa Arai awal tahun ini.

“Dari pandangan luar, sudah tentu ia satu saat paling sukar.

“Tapi saya fikir ia satu saat yang kami perlu alami. Kerana komen Fernando dan juga keputusan yang teruk, kami cuba bekerja lebih keras dalam tempoh setahun ini.”

Alonso mengkritik enjin itu setaraf dengan ‘GP2’ pada perlumbaan tahun lalu namun pasukan itu semakin meningkat musim ini dan optimis mengenai peluang mereka meraih mata di laman sendiri.

Honda kembali ke Formula Satu pada 2015, selepas kali terakhir menurunkan pasukan pada 2008, namun kerjasama semula dengan McLaren agak lembab.

Sementara itu, pendahulu kejuaraan Nico Rosberg, yang mana bapanya Keke muncul juara dunia pada 1982, memberikan tumpuan

„ Honda optimis mampu raih mata di laman sendiri

sepenuhnya terhadap Suzuka.

“Saya lebih suka dengan pendekatan berasaskan dari satu minggu ke satu minggu,” katanya.

“Berikutnya Suzuka yang mana saya mahu mencuba dan menang sekali lagi.”

Mercedes boleh memenangi kejuaraan pengeluar buat kali ketiga berturut-turut, Ahad ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia