Harian Metro

Enam pemain layak ke peringkat akhir

-

Kuala Lumpur: Saingan golf Prudential Astro Master sampai ke kemuncakny­a apabila enam lagi pemenang peringkat kelayakan di Kelab Golf Tropicana, terpilih untuk beraksi di peringkat akhir golf Prudential Astro Masters yang akan berlangsun­g Kelab Golf dan Country Laem Chabang & Siam di Pattaya, Thailand bermula 16 hingga 19 Oktober ini.

Diketuai Datuk Son Tong Leong yang muncul juara keseluruha­n kategori gross, enam pemain terbabit layak dan akan menyertai 42 yang lain selepas masing-masing menempah tiket ke pusingan akhir sepanjang 21 pusingan yang diadakan sebelum ini.

Mewakili Tiara Melaka GCC, Tong Leong beraksi cemerlang dan mengatasi cabaran di Kelab Golf Tropicana - venue peringkat kelayakan terakhir musim ini.

Tong Leong membenam empat bogey tanpa sebarang birdie pada sembilan lubang pertama namun bangkit memperbaik­i permainan di sembilan lubang kedua dengan melakar catatan par biarpun terlepas beberapa peluang melakukan birdie.

Selain Tong Leong, turut sama beraksi di Grand Final nanti adalah Ng Loong Fah dari Sabah GCC dan Yap Chin Tong dari Templer Park Country Club.

Dalam kategori nett, pemain yang memegang handikap 18, Yee Kon Sin dari Glenmarie GCC muncul juara apabila melakar lima di bawah par 67.

Wan Azhari Wan Hassan dan Chow Chee Tat masing-masing menamatkan aksi di kedudukan kedua dan ketiga dengan catatan 72 dan 73 pukulan.

Aksi Grand Final akan turut dihangatka­n dengan kehadiran pemain yang mewakili kelab masing-masing seperti Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia