Harian Metro

Terlalu awal Khairul sertai Moto2

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah berpendapa­t rakan senegara Khairul Idham Pawi ( wajar kekal di Moto3 musim depan.

Jelas Hafizh yang beraksi pada musim penuh buat kali ketiga di Moto2 bersama pasukan PETRONAS Raceline Malaysia, pengalaman yang diraih Khairul selama semusim di Moto3 tahun ini mungkin masih belum cukup untuk menjadi bekalan kepadanya sekiranya berhijrah ke Moto2 musim depan.

Bukan meragui kemampuan pelumba Honda Team Asia itu, sebaliknya Hafizh berpendapa­t adalah lebih sesuai untuk Khairul menimba pengalaman secara berperingk­at terlebih dulu sebelum benar-benar bersedia

gambar)

ke Moto2.

“Daripada segi positif, memang bagus sekiranya Khairul ditawarkan ke Moto2. Tapi pada masa sama, daripada segi pengalaman selama setahun di Kejohanan Motosikal Dunia, agak sukar untuknya serasikan diri dengan kategori Moto2.

“Sebab di Moto2, segala-galanya amat kompetitif. Enjin adalah sama dan hendak memahami satu-satu situasi itu agak sukar.

“Saya bimbang prestasiny­a akan menurun. Kalau tanya saya, saya akan minta dia kekal setahun lagi di Moto3. Sebab jika terus kekal, Khairul akan menimba banyak pengalaman lagi dan mungkin dia boleh raih keputusan lebih baik lagi berbanding di tahun pertamanya,” katanya ketika ditemui semalam.

Namun jelas Hafizh, segala-galanya terpulang kepada pasukan dan Khairul sendiri yang pada musim ini sudah menaiki podium sebanyak dua kali.

“Apapun terpulang kepada pihak yang menaja Khairul dan keputusan yang dibuat olehnya,” katanya.

Khairul menerusi laporan Arena Metro sebelum ini menyatakan kesediaan untuk ke Moto2 sekiranya benar dia menerima tawaran seperti yang dilaporkan media antarabang­sa.

Penolong pengurus Boon Siew Honda Motorsport­s Zulhelmi Ahmad juga berkata andai benar, ia adalah perkembang­an positif dan pihaknya tiada sebarang halangan.

Menurut laporan antarabang­sa, Khairul atau nama gelarannya Super KIP bakal berhijrah ke Idemitsu Honda Team Asia bagi menggantik­an tempat pelumba Thailand Ratthapark Wilairot yang gagal mempamer prestasi memberangs­angkan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia