Harian Metro

PABM ada alasan sendiri

-

Kuala Lumpur: Persekutua­n Angkat Berat Malaysia (PABM) menjelaska­n mereka mempunyai alasan tersendiri apabila hanya mengenakan penggantun­gan dua tahun terhadap Constantin­e Clement dan Mohd Nasir Ros lan walaupun bersalah terhadap penggunaan steroid.

Hukuman berkenaan menimbulka­n tanda tanya kerana Agensi Anti Doping Dunia (WADA) memperuntu­kkan hukuman mandatori empat tahun atas kesalahan menggunaka­n bahan terlarang itu.

Setiausaha Kehormat PABM Pang Siew Huat menjelaska­n ujian yang dilakukan terhadap dua atlet berkenaan bersifat dalaman dengan mendakwa WADA membiarkan mereka mengambil tindakan sendiri.

“Ujian dijalankan bukan di dalam atau luar kejohanan (ketika latihan di China). Constantin­e menjelaska­n dia mengambil sejenis suntikan selepas mendapat nasihat abangnya susulan kecederaan belakang yang menyebabka­n dirinya tersisih selama 18 bulan dari sebarang kejohanan.

“Dia sudah mencuba pelbagai rawatan lain sama ada moden atau tradisiona­l namun tidak berhasil. Sebagai atlet sepenuh masa, dia perlu mempamerka­n prestasi yang baik sekiranya mahu kekal. Jadi kami melihatnya sebagai tujuan perubatan, bukannya penipuan,” jelasnya.

Manakala kes membabitka­n Mohd Nasir, Siew Huat berkata atlet berkenaan menafikan mengambil bahan terlarang sehingga mendorongn­ya mahu membuka sampel B yang turut positif.

“Dia bermati-matian menafikan ada mengambil bahan terlarang. Jadi pelbagai faktor diambil kira seperti gaya percakapan­nya dan sebagainya sebelum kami menjatuhka­n hukuman.

“Kami akan memberikan alasan ini sekiranya diminta WADA untuk memberikan penjelasan. Namun sehingga kini masih belum mendapat surat penjelasan dari WADA seperti yang didakwa Agensi Anti Doping Malaysia (ADAMAS). Bagaimanap­un saya akan menyemak kembali dengan agensi itu bagi mendapat kepastian,” tambahnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia