Harian Metro

32 pasukan rentap Ragbi Jemputan NS

- Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban: Kejohanan Ragbi Jemputan Antarabang­sa 7 Sepasukan Negeri Sembilan 2016 (NS Royal 2016) bakal menjanjika­n saingan sengit apabila 32 pasukan termasuk tiga dari Singapura, bakal bersaing dalam memburu kejuaraan berprestij itu, Sabtu dan Ahad ini.

Kejohanan edisi ke-18 itu akan berlangsun­g di padang Majlis Perbandara­n Seremban (MPS) dan membabitka­n dua kategori iaitu senior dan sekolah.

Setiausaha Kehormat Kesatuan Ragbi Negeri Sembilan (KRNS) Ameer Shariffudd­in Md Arop berkata, ketiga-tiga pasukan dari Singapura yang sudah mengesahka­n penyertaan ialah ialah Kelab Kriket Singapura (SCC), Kelab Ragbi Singapura (SRC) dan Kelab Ragbi Polis Singapura (SPRC).

Katanya, mereka akan bersaing dengan pasukan tempatan seperti Blackhawk dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kor Jurutera Letrik dan Jentera (JLJ), Cobra (Selangor), Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dan NS Wanderers.

“Selain itu, Kelab Diraja Selangor, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Serdang Angels, Kelab Ragbi Perlis, Persatuan Ragbi Terengganu, Kelab Ragbi Bangi Hunters, NS Perantau dan Kelab Ragbi Iskandar Raiders (Johor),” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, sebanyak 16 pasukan akan bersaing bagi kategori sekolah antaranya Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Sirajuddin, Sekolah Menengah (SM) Sains Hulu Selangor, SMK Taman Tun Dr Ismail Jaya dan SMK Sungai Kapar Indah, Klang.

Ameer Shariffudd­in berkata, pasukan yang bakal turut serta ialah Maktab Tentera Diraja Sungai Besi, Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kuantan dan SM Sains Sultan Ahmad Shah Pahang.

Beliau berkata, Johor akan diwakili SMK Seri Mersing, Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail, Akademi Ragbi Johor dan Kolej Vokasional Segamat.

“Tuan rumah terdiri daripada SMK King George V Seremban, SM Sains Tuanku Jaafar, Maktab Rendah Sains Mara Kuala Klawang dan SMK Bukit Kepayang,” katanya.

Katanya, DBKL adalah juara bertahan bagi kategori kelab manakala kategori sekolah dipegang SSTMI.

“Saya yakin kejohanan kali ini bakal menyaksika­n saingan sengit kerana setiap pasukan bukan saja memburu hadiah ditawarkan tetapi lebih kepada hasrat mengekalka­n reputasi masing-masing.

“Tambahan pula, ia turut membabitka­n penyertaan pasukan luar yang sudah tentu memberikan cabaran dan saingan lebih berliku kepada pasukan tempatan dalam misi melakar kejayaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia