Harian Metro

Silap ‘besar’ United

- Reuters

„ Gundogan yakin Schweinste­iger mampu julang Red Devils jika diberi peluang bermain

Manchester United akan lebih bagus jika pemain tengah Schweinste­iger beraksi dalam pasukan itu, menurut pemain Manchester City, Ilkay Gundogan mengenai rakan senegarany­a dari Jerman itu, yang mungkin tidak berada dalam perancanga­n pengurus Jose Mourinho.

Selepas melakukan 18 penampilan Liga Perdana Inggeris musim lalu, Schweinste­iger, 32, gagal tampil beraksi buat United sejak jurulatih dari Portugal itu menggantik­an Louis van Gaal pada hujung musim.

Schweinste­iger juga diketepika­n daripada skuad Liga Europa, dengan Mourinho mengesahka­n “amat sukar” buatnya untuk bermain dengan kelab itu lagi.

“Saya percaya Manchester United mungkin mendapat

Bastian

(gambar)

manfaat 100 peratus jika Bastian Schweinste­iger cergas sepenuhnya,” kata Guendogan.

“Dia bukan calang-calang pemain, dia pun bukannya 18 atau 19 tahun.”

Gundogan, yang dinamakan dalam skuad Jerman bagi kelayakan Piala Dunia bulan ini selepas hampir setahun diketepika­n kerana masalah kecederaan, percaya dia boleh mengisi kekosongan berikutan persaraan Schweinste­iger di peringkat antarabang­sa.

“Saya percaya mampu melakukann­ya sebelum ini (persaraan Schweinste­iger) tapi ini tiada kena mengena dengan menyatakan persaraann­ya positif atau negatif. Kami patut bersyukur mempunyai seorang pemain sehebatnya,” ujarnya.

Jerman berdepan Republik Czech awal pagi Ahad ini dan kemudian menanti kunjungan Ireland Utara tiga hari kemudian pada kelayakan Piala Dunia.

Cazorla menyumbat dua gol dalam tujuh penampilan Liga Perdana musim ini. Kelab London itu, yang menghuni tangga ketiga carta, menanti kunjungan Swansea City pada 15 Oktober ini.

- Reuters

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia