Harian Metro

Infantino simpati nasib Allardyce UMPAMA KELUARGA...

- AFP

Zurich: Presiden FIFA Gianni Infantino mengakui “terlalu terkejut” dan “amat sedih” dengan insiden yang menamatkan karier Sam Allardyce

sebagai pengurus England.

“Sudah tentu saya amat terkejut. Saya juga amat sedih dengan apa yang berlaku, mengenai apa yang kami baca, ia mungkin satu permulaan dan mungkin ada isu atau cerita lain selepas ini,” kata Infantino.

“Ia menyedihka­n bagi bola sepak, tapi sudah tentu saya percaya Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris menangani perkara itu dan melakukan siasatan mereka dan akan tampil dengan keputusan mereka, jadi kami patut memberi mereka ruang melakukan tugas sebelum membuat kenyataan lanjut.”

Allardyce, 61, dipecat bulan lalu selepas beliau melakukan beberapa siri komen memalukan, terutama mengenai kelemahan undang-undang pemilikan pemain parti ketiga hingga ke wartawan yang menyamar dalam satu pendedahan akhbar.

Dilantik sebagai pengurus England dengan kontrak £3 juta (RM15.7 juta) setahun, Allardyce turut bersetuju ke Singapura dan Hong Kong sebagai duta bagi firma palsu dengan bayaran £400,000 (RM2.1 juta).

Bekas pengurus Sunderland itu menamatkan tempohnya sebagai pengurus England selama hanya 67 hari. Beliau mengendali­kan satu perlawanan, menang 1-0 ke atas Slovakia di laman lawan pada kelayakan Piala Dunia 2018.

Beberapa tokoh ternama dalam bola sepak Inggeris turut dikaitkan dengan dakwaan rasuah berikutan siasatan akhbar Daily Telegraph.

Pengerusi FA Inggeris, Greg Clarke akan ditanya mengenai

„ Sentuhan peribadi Southgate disenangi pemain Three Lions

dakwaan itu oleh ahli parlimen Britain pada 17 Oktober ini. AFP

London

John Stones mendedahka­n pengurus sementara England, Gareth Southga- te meluangkan masa bercakap dengan pemain secara individu selepas menerima tugas itu secara mengejut berikutan pemecatan Sam Allardyce.

Allardyce terpaksa melepaskan jawatannya sebagai pengurus England hanya selepas 67 hari dan mengendali­kan satu perlawanan berikutan komen kontrovers­inya kepada wartawan akhbar yang menyamar untuk menyiasat mengenai rasuah bola sepak.

Kini bekas pertahanan England, Southgate, yang dinaikkan taraf daripada tugasnya sebagai jurulatih B-21 England, diberikan peranan sementara menjelang aksi kelayakan Piala Dunia di laman sendiri menentang Malta malam esok dan Slovenia di lawan lawan pertengaha­n minggu depan.

Stones, pertahanan Manchester City, yang bermain di bawah kendalian Southgate di peringkat B-21, menyatakan sentuhan peribadi Southgate berlanjuta­n hingga ke luar padang.

Ditanya jika Southgate menghabisk­an masa dengan setiap pemain, Stones berkata: “Beliau sering kali melakukann­ya. Tidak kira masa jika ada terluang beliau sering menghabisk­an beberapa minit, bertanyaka­n bagaimana anda, bagaimana aksi anda bersama kelab dan apa yang dijangkaka­n daripada anda.

“Saya fikir semua tahu apa yang dijangkaka­n daripada satu sama lain. Bagus kerana berpeluang bercakap secara peribadi dengan pengurus dan melihat apa pandangann­ya dan ke mana arah hala tuju kami.”

England kini mempunyai jurulatih ketiga dalam tempoh tiga bulan selepas Allardyce menggantik­an Roy Hodgson berikutan penyingkir­an memalukan pasukan itu pada Euro 2016 di tangan Iceland.

“Kami hanya bermain bola sepak. Itu saya yang boleh kami lakukan,” kata Stones, 22.

“Dipanggil untuk negara anda satu penghormat­an besar anda dapat sebagai seorang pemain. Anda mahu ke sini dan bekerja keras serta meraih kejayaan buat diri sendiri dan negara.

“Pengurus yang kami miliki sering membuat impak besar termasuk Gareth sejak beberapa hari lalu.”

Stones berada dalam skuad England ke Euro namun tidak diturunkan. Bagaimanap­un, berikutan perpindaha­n berharga £47.5 juta

(RM249.7 juta) ke City ketika pramusim, Allardyce memilihnya bagi aksi pembukaan England pada kelayakan Piala Dunia menentang Slovakia di gelanggang lawan.

 ??  ?? STONES (tengah) berlatih bersama rakan sepasukan.
STONES (tengah) berlatih bersama rakan sepasukan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia