Harian Metro

‘Dendam’ Haziq

- Nazri Abu Bakar sukan@hmetro.com.my

Melaka: Penjaga gol muda skuad Polis Diraja Malaysia (PDRM) Mohd Haziq Nadzli

berjanji memberi persembaha­n terbaik ketika berdepan Kedah di pentas separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, 15 Oktober ini.

Penjaga gawang skuad Sukan Sea 2017 yang juga benteng terakhir PDRM itu bertekad mempertaha­nkan kubu The Cops dalam misi perlu menang ke atas pelawat sekali gus membuka peluang mara ke final buat kali pertama.

Bintang muda berusia 18 tahun yang berasal dari Kuala Lumpur itu tetap yakin pasukannya mampu mengejutka­n skuad Helang Merah walaupun ketinggala­n dengan agregat 1-2 gara-gara kekalahan di Alor

Setar pada pusingan pertama sebelum ini.

Haziq mengaku kecewa apabila gagal menyelamat­kan dua penalti lawan, tetapi keputusan yang tidak memihak pasukannya itu tidak sesekali mematahkan semangat perjuangan­nya.

Sehubungan itu, dia berazam akan mempertaha­nkan gawangnya daripada dibocori walaupun berdepan tugas yang amat mencabar selepas pelawat memperoleh

(gambar)

tonik semangat menerusi kemenangan pada pertemuan pertama.

“Kekalahan sebelum ini bukan ukuran sebenar apatah lagi kami akan bermain di gelanggang berbeza kali ini. Malah, bagi saya peluang The Cops tetap cerah untuk ke final.

“Justeru, saya berazam menebus kehampaan dalam pusingan pertama dan memastikan pasukan mampu memenangi perlawanan kedua selepas memiliki kelebihan jaringan di gelanggang lawan,” katanya.

Baginya, semua pemain lawan amat berbahaya terutamany­a Baddrol Bakhtiar dan Thiago Agusto yang perlu dikekang bagi memastikan mereka tidak memperoleh peluang melakukan tindakan penyudah.

Haziq berkata, secara peribadi dia akan memberi komitmen melebihi 100 peratus pada pertemuan itu kerana mahu mencatat sejarah layak ke final yang pertama bagi dirinya dan pasukan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia