Harian Metro

MISI PULIH MARUAH

- Aziman Rosdi aziman@hmetro.com.my

„ Muka baharu diharap mampu lonjak semangat skuad Kim Swee

Kuala Lumpur

Pengendali Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee mengaku kemenangan ke atas musuh tradisi Singapura dalam aksi persahabat­an antarabang­sa hari ini cukup penting untuk mendapatka­n momentum sebelum mengharung­i Piala AFF di Yangon, Myanmar bulan depan.

Selepas dimalukan dengan kekalahan 0-3 kepada Indonesia di Solo pada perlawanan persahabat­an bulan lalu, Kim Swee pasti tidak rela anak buahnya terus dipalit kekecewaan.

Dengan pelbagai isu di dalam dan luar padang menghimpit skuad kebangsaan menjelang aksi Causeway Challenge di Stadium Nasional, Singapura itu, Kim Swee mengharapk­an skuad yang dibarisi beberapa muka baru dapat bangkit mencipta sesuatu.

“Sudah pasti kemenangan penting. Kami ada lagi dua perlawanan persahabat­an selepas ini (menentang Afghanista­n dan Papua New Guinea) sebelum Piala AFF, sudah pasti kami mahu moral pasukan dalam tahap terbaik sebelum Piala AFF.

“Banyak kritikan diterima selepas perlawanan dengan Indonesia, pemain tahu tanggungja­wab masing-masing dan diharap esok kami akan bermain lebih baik seperti menentang Timor Leste sebelum ini (play off Kelayakan Piala Asia 2019),” katanya dalam sidang media pra perlawanan semalam.

Kali terakhir Malaysia yang kini menduduki ranking ke-158 dunia mengalahka­n Singapura (155) 3-1 pada aksi peringkat kumpulan Piala AFF 2014 di Stadium Nasional namun situasi berbeza kali ini dengan tiga penjaring gol negara Safee Sali, Safiq Rahim dan Indra Putra Mahayudin sudah tidak bersama pasukan.

Beberapa tonggak juga sudah bersara seperti Safiq, Aidil Zafuan Abd Radzak, S Kunanlan dan Amirulhadi Zainal manakala tonggak pertahanan Ronny Harun diketepika­n akibat kecederaan dan Shahrom Kalam pula baru kembali berlatih.

Kemungkina­n besar rombakan akan dilakukan oleh Kim Swee berbanding kesebelasa­n utama menentang Indonesia apabila beliau memanggil enam muka baru termasuk penyerang kacukan Malaysia-Inggeris Darren Lok serta menyenarai­kan semula penyerang senior Norshahrul Idlan Talaha.

“Selepas beberapa hari berlatih, pemain muda dan muka baharu menampakka­n kesungguha­n. Banyak perubahan dalam pasukan jadi perlukan sedikit masa untuk membentuk persefaham­an dan perlawanan ini penting untuk saya nilai pemain,” katanya.

Skuad kebangsaan akan kembali ke tanah air esok bagi persediaan menghadapi Afghanista­n dalam satu lagi perlawanan persahabat­an antarabang­sa kelas A di Stadium Shah Alam, 11 Oktober nanti.

 ??  ?? PEMAIN kebangsaan wajib menang untuk padam luka tewas kepada Indonesia.
PEMAIN kebangsaan wajib menang untuk padam luka tewas kepada Indonesia.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia