Harian Metro

Nasyid terus hidup

-

Bertemakan Qum. Fa Anzir yang membawa maksud kebangkita­n, konsert itu diharapkan menjadi medium dakwah terbaik untuk mengajak masyarakat mendekati program keagamaan.

Sementara itu, wakil Rabbani, Azadan Abdul Aziz berkata, peluang mengadakan persembaha­n di IB bersama Hijjaz dan Brothers boleh dianggap sebagai pengiktira­fan kepada kumpulan nasyid di negara ini.

“Kami cuba memberi persembaha­n yang terbaik dan memberi impak kepada peminat yang hadir,” katanya.

Rabbani antara kumpulan nasyid moden terawal memeriahka­n muzik arus perdana dengan membawa lagu berentak kontempora­ri pada awal 2000 dengan lagu-lagu popular mereka seperti Pergi Tak Kembali, Intifada, Iqrar dan Apa Yang Kau Tahu.

Dalam pada itu, penyanyi Brothers, Yasin Sulaiman berharap konsert itu berjalan lancar selain dapat mengembali­kan kegemilang­an lagu berunsur ketuhanan serta menyatukan peminat nasyid yang pernah memberi sokongan kepada mereka sejak dulu.

Brothers dijangka menyampaik­an lagulagu popular mereka seperti Teman Sejati, Satu Perjuangan dan Man Ana.

Penyanyi utama

Hijjaz, Munif Ahmad pula menyifatka­n konsert itu bukan menjurus kepada hiburan semata-mata, sebaliknya memuatkan elemen positif untuk kenangan dan mesej buat penonton.

Selain itu, ia juga bagi memenuhi impian anggota Hijjaz yang setia memperjuan­gkan irama nasyid.

Selain tiga kumpulan nasyid ini, konsert ini turut menampilka­n bekas penyanyi Raihan, Nazrey Johani, Zulfazli Afad, kumpulan Colour of Voices (VOIC) dan pemain gitar legenda, Hillary Ang.

 ??  ?? RABBANI gembira muzik nasyid masih diiktiraf.
RABBANI gembira muzik nasyid masih diiktiraf.
 ??  ?? BROTHERS mahu kembalikan kegemilang­an lagu nasyid.
BROTHERS mahu kembalikan kegemilang­an lagu nasyid.
 ??  ?? HIJJAZ mahu sebarkan mesej positif.
HIJJAZ mahu sebarkan mesej positif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia