Harian Metro

Pesan Adi buat isteri

-

Mahu Natasyah belajar selok-belok dunia hiburan memandangk­an dia ada bakat cipta lagu

kerap berkongsi kisah rumah tangganya.

“Isteri saya tidak terbabit dalam industri hiburan, jadi mungkin dia sedikit kekok untuk muncul pada acara hiburan. Dia sendiri juga memilih untuk tidak terlalu menonjol dan saya faham kehendakny­a.

“Kadangkada­ng kalau ada acara melibatkan saya sebagai artis, saya akan pujuk dia untuk turut hadir menemani, tetapi tidak pernah menghalang atau memaksanya untuk ikut,” katanya.

Menurut Adi, berbanding dulu, kini isterinya lebih banyak belajar mengenai kerjayanya dan semakin selesa dengan keadaan itu.

“Saya banyak berpesan kepadanya untuk mula belajar selokbelok industri hiburan memandangk­an dia sendiri ada bakat mencipta lagu. Lagu pertama ciptaannya ialah Lelaki Teragung yang dinyanyika­n Dayang Nurfaizah,” katanya.

Ditanya perubahan selepas bergelar suami, Adi teruja bercerita mengenai kehidupann­ya yang menjadi lebih teratur.

“Dulu ketika bujang, makan, minum, pakai semuanya diuruskan sendiri. Sekarang, saya rasa lebih terurus dan ada peneman.

“Kalau dulu, habis kerja lewat malam tidak menjadi masalah memandangk­an tiada komitmen sebagai suami. Sekarang, saya selalu berfikir ada isteri yang menunggu di rumah. Studio pun sudah dipindahka­n ke rumah,” katanya.

Bercerita mengenai dirinya yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke33, Adi juga mempunyai beberapa perancanga­n dan impian yang ingin direalisas­ikan.

“Pada usia 33 tahun ini, saya sentiasa berdoa agar kami dikurniaka­n cahaya mata. Kami tidak pernah merancang apaapa, tetapi kalau ada rezeki maka adalah.

“Saya juga bersyukur kerana kehidupan berjalan lancar dan semakin stabil. Kami juga baru berpindah rumah dan memulakan tahun pertama sebagai suami isteri dengan teratur,” katanya.

Terbaru, Adi kini dalam proses menghasilk­an single baru bersama band projek dikenali sebagai Manusia Putih.

“Kami akan hasilkan semula lagu Kisah Hati dengan nafas baru. Susunan muziknya juga akan lebih segar, di samping disesuaika­n dengan band projek itu yang menampilka­n saya sendiri sebagai penyanyi,” katanya.

Klip video Kisah Hati versi baru ini baru saja selesai dihasilkan dan akan mula dilancarka­n dalam masa terdekat.

Selain itu, Adi bersama band 6ixth Sense juga sedang mengumpul material untuk single terbaru mereka.

“Selepas hampir dua tahun kami tidak hasilkan lagu baru, insyaAllah kami akan muncul dengan buah tangan terbaru dan apa yang boleh saya katakan, lagu ini menampilka­n kelainan berbanding karya kami sebelum ini,” katanya.

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia