Harian Metro

VOKAL SIAPA LEBIH ‘POWER’

- DARI MUKA 1

“Saya menjangkak­an saingan sengit daripada peserta wanita. Ada di antara mereka memiliki kekuatan vokal luar biasa.

“Pada masa sama jangan dilupa peserta bukan pilihan atau ‘underdog’. Mereka dilihat biasa pada peringkat awal, namun memberi saingan dalam diam. Jadi pada minggu pertama ini baru kita boleh menilai kedudukan sebenar mereka,” katanya.

Selain menampilka­n 12 peserta, GV3 masih mengekalka­n Nabil Ahmad dan Jihan Muse selaku pengacara, manakala Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim sebagai juri tetap.

Ia akan ditayangka­n selama lapan minggu bermula 16

Oktober ini dan dipancarka­n secara langsung dari Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di saluran Astro Ria dan Ria HD.

Dalam pada itu, Azharina, 31, yang juga juara Bintang RTM 2001 menyifatka­n lima peserta wanita lain adalah bagus.

Dia sama sekali tidak menjadikan keunikan vokal dimilikiny­a sebagai satu kelebihan untuk menidakkan kemampuan peserta lain.

“Saya percaya ketika ini mereka sudah bersedia untuk memberikan persembaha­n terbaik setiap minggu. Jadi saya tak boleh terlalu selesa dengan apa yang ada. Pada kedudukan sekarang saya masih lagi belajar vokal dengan komposer Julfekar.

“Jika bercakap soal persaingan sengit daripada peserta wanita, tak boleh juga kerana peserta lelaki juga memiliki kelebihan tersendiri,” katanya.

Azharina yang mesra disapa Nina juga tidak gentar bersaing dengan rakan baiknya, Siti Sarah.

Menurut Nina, di luar pertanding­an mereka tetap bersahabat dan ketika bertanding keduaduany­a perlu fokus pada persembaha­n.

Sementara itu, Sarah yang popular dengan lagu Kesetiaan berkata, dia sudah mempersiap­kan diri dari semua segi.

“Semua sedia maklum saya ibu kepada tiga anak. Sejak ada anak, saya tak pernah cukup tidur. Jadi itu antara faktor kenapa saya sukar mendapatka­n semula stamina.

“Namun, sejak merancang nak tampil dengan single terbaru, saya nekad untuk berubah dan mencari rentak semula. Alhamdulil­lah, saya sedikit demi sedikit sudah mendapatka­nnya semula,” katanya yang turut mempersiap­kan diri dengan mengikuti kelas vokal daripada penyanyi Ernie Zakri.

Saingan sengit GV3 dijangka

daripada peserta wanita

NORA AKUI TERTEKAN

Nora yang sejak kebelakang­an ini aktif menyanyika­n lagu berunsur ketuhanan

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia