Harian Metro

Semangat buat golongan solo

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Memilih jalan hidup sebagai bujang bukan bermakna seseorang itu tidak bahagia.

Apatah lagi ramai yang menganggap hidup bersendiri­an pilihan yang menggembir­akan kerana bebas melakukan setiap perkara tanpa dikongkong individu lain.

Begitulah yang cuba diluahkan band Indonesia, Gamma 1 menerusi single terbaru mereka berjudul Jomblo Happy yang mengisahka­n pilihan yang diambil seseorang bahawa hidup sendiri itu satu kebahagiaa­n.

Barangkali ramai yang tidak tahu, perkataan Jomblo menjadi trend anak muda masa kini di Indonesia yang menggambar­kan insan yang tidak mempunyai teman hidup atau kekasih.

Band yang dianggotai Nilam (penyanyi), Heri (penyanyi), Alung (gitar), Fandi (bass), Heri (vokalis) dan Andan (dram) ini menjelaska­n, mereka mempunyai misi untuk tidak mengungkap soal cinta dalam lagu semata- mata tetapi turut menitip motivasi kepada pendengar.

“Lagu ini adalah single kelima kami daripada album kedua. Jika di Malaysia, ia adalah single kedua selepas Hidup Segan Mati Tak Mahu.

“Jomblo itu membawa maksud ejekan kepada sesiapa yang masih ‘single’ dan tidak mempunyai pasangan hidup. Bagaimanap­un, lagu kami bukanlah mengejek orang yang tidak ada kekasih, tetapi mahu memberi semangat kepada mereka yang tidak ada pasangan hidup supaya berfikir bahawa mereka juga mampu menggapai impian.

“Justeru, bukan bermakna insan ini tidak ingin menjalani sebuah perhubunga­n tetapi dia percaya cinta abadi itu pasti akan hadir tanpa dipaksa,” kata Heri.

Menurut Heri, ketika lagu itu dilancarka­n Mei lalu, dia terkejut dengan sambutan yang diterima.

“Kami bersyukur ramai yang suka dengan lagu ini. Selepas lima bulan dimuat naik di YouTube, ia sudah mencapai lebih enam juta tontonan,”katanya.

Ditanya mengenai lagu terbabit yang dikatakan meniru daripada lagu European Dance yang pertama kali dipopulark­an BUM pada 2007, Heri menjelaska­n mereka sudah meminta keizinan.

Menurut Heri, Gamma 1 bukan band pertama yang meniru lagu yang ketika ini sedang rancak dimainkan di stesen radio.

Lagu berjudul Kanikuly dan dicipta Dmitry Kokhanovsk­y itu juga pernah dipopulark­an kumpulan BOOM dengan judul How Do You Do.

“Sebelum lagu ini dihasilkan, kami awal-awal lagi meminta izin secara sah supaya tidak berlaku masalah yang membabitka­n unsur plagiat atau mencuri lagu.

“Biarpun meniru, kami berusaha untuk tetap mempertaha­nkan muzik Gamma 1 yang kental dengan unsur Melayu,” katanya.

Beralih mengenai kewujudan kumpulan yang berasal dari Bangka, Belitung, Indonesia ini, mereka nyata tidak terburubur­u untuk dikenali seperti band popular lain meskipun sudah empat tahun mencipta nama.

“Kalau di Indonesia, Gamma 1 tidaklah terlalu popular tetapi sudah ada yang tahu. Jadi, tidak boleh samakan dengan Noah atau Ungu kerana kami baru berusia empat tahun,” katanya.

 ??  ?? GAMMA 1 tampil dengan Jomblo Happy.
GAMMA 1 tampil dengan Jomblo Happy.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia