Harian Metro

Cukup-cukuplah berdendam!

-

SS gembira melihat kehidupan artis ini. Walaupun bergelar ibu tunggal dia sentiasa berusaha memastikan semua anaknya bahagia.

Namun, di sebalik senyuman itu, kita tidak tahu apa kesedihan yang dilaluinya. Apa yang SS tahu bekas isteri kepada bekas suaminya masih tidak berputus asa untuk membalas dendam dan menyakiti artis ini.

Difahamkan wanita itu bakal berkahwin tidak lama lagi, namun masih suka mengganggu kehidupan artis ini. Rimas dibuatnya apabila setiap gerak-gerinya diperhatik­an dan jadi cemuhan.

Disebabkan itu dia tidak sabar melihat wanita itu berkahwin dengan harapan tidak diganggu lagi.

Difahamkan wanita itu memang suka bermukamuk­a dan menyusahka­n artis ini. Khabarnya dia masih berdendam walaupun artis ini sudah bercerai.

SS pun hairan mengapa wanita itu bersikap demikian.

Jika lihat wajah dan penampilan­nya, kelihatan seperti wanita yang baik. Bak kata orang lama, pijak semut pun tak mati.

Mungkin di depan semua orang dia bersikap seperti mangsa yang teraniaya, tetapi di belakang dia sakan bergelak ketawa dan seronok menghancur­kan hidup orang lain.

SS: Rambut sama hitam, hati lain-lain. Terkejut SS membaca luahan hati seorang penyanyi yang kurang senang dengan seorang artis baru yang kian popular. Menerusi coretan itu, dia menyifatka­n artis baru itu terlalu diberi muka sehingga memijak kepala artis lain.

Ketika menjayakan persembaha­n di sebuah acara, dia perhatikan artis baru itu tidak muncul di sesi ‘sound check’.

Sebenarnya, itu tidak menjadi masalah kerana giliran persembaha­n sudah ditetapkan penganjur. Namun, dia bengang apabila ketika acara berlangsun­g artis baru itu tiba-tiba minta gilirannya dipercepat­kan kerana ramai peminat sedang menunggu.

Itu sudah menjadi tanda tanya kepada artis lain. Atas kapasiti apa artis baru ini perlu diberi muka sedangkan dia baru setahun jagung dalam industri.

Lebih menyakitka­n hati, artis baru itu bukan sahaja cuba memijak kepala artis lain bahkan tidak bertegur sapa dan hanya sekadar menjeling.

Mungkin namanya sedang meningkat naik, namun apalah salahnya kalau bertegur sapa kerana industri kita tidak besar mana. Pusing-pusing, akan bertemu orang sama.

SS: Lupa diri akibat hanyut dalam populariti.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia