Harian Metro

‘Jangan biarkan mereka lapar’

- Rosyahaida Abdullah rencana@hmetro.com.my

Pondok Balai Ilmu sedia bahan makanan percuma

kepada golongan memerlukan

Bertitik tolak daripada kesedaran untuk terus membantu golongan sasar, Pondok Balai Ilmu (PBI) kendalian Kuala Selangor Cabin Camp (KSCC) di Kampung Bukit Hijau,

Jeram, Selangor kini menyediaka­n pula bahan makanan percuma buat golongan yang memerlukan.

Inisiatif dikenali sebagai Program Makanan Percuma atau 3F (Food For Free) ini bermula pada 22 Jun lalu bertujuan menyalurka­n bantuan khusus kepada golongan fakir yang terputus bekalan makanan akibat desakan hidup.

Makanan yang disediakan ialah beras, telur ayam, tepung gandum, minyak masak, mi segera, teh serbuk, biskut kering, sos cili, sardin tin, gula pasir dan macam-macam lagi.

Pemilik KSCC merangkap Mudir PBI Ustaz Kamil Sidek berkata, hasil sumbangan orang ramai, program itu berjaya dilancarka­n pada Hari Nuzul al-Quran lalu yang pada awalnya menyasar bantuan sempena Ramadan dan Syawal.

Bagaimanap­un, katanya, inisiatif itu diteruskan sehingga kini susulan sumbangan cukup menggalakk­an diterima daripada penderma biarpun selepas Aidilfitri berakhir.

Malah jelas Kamil, jumlah golongan sasar seperti ibu tunggal, bapa tunggal, anak yatim dan fakir miskin juga makin bertambah hasil kerjasama dengan nazir masjid serta Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Bukit Hijau dan sekitar.

“Melihat ada yang terpaksa mencuri barang dapur di pasar raya sematamata untuk makan seperti dilaporkan akhbar, saya terpanggil untuk membantu dengan upaya yang ada.

“Dulu, cuma kelas pengajian Islam PBI yang mampu kami sediakan sebagai tanggungja­wab sosial korporat (CSR) untuk kariah kampung ini, sekarang alhamdulil­lah makan percuma juga sudah mula kami edarkan.

“Niat saya hanya untuk melihat tiada anak mahupun keluarga kelaparan akibat tiada duit untuk beli bahan mulai sedar kewujudan program ini dan datang ke PBI untuk dapatkan bantuan walaupun nilainya mungkin tidak seberapa.

“Ada yang datang minta makanan, katanya nak beli beras tapi duit tak ada. Hati mana yang tergamak tak bantu apabila kita sebenarnya mampu.

“Alhamdulil­lah, rak makanan 3F pun tidak pernah kosong apabila ada saja hamba Allah, baik individu mahupun berkumpula­n, datang menyumbang­kan bahan makanan selain bekalan kami sendiri,” katanya.

Kepada mereka yang ingin mendapatka­n bantuan, kata Kamil, datang saja ke PBI dan maklumkan pada kakitangan di pejabat.

Menurutnya, sebagai akad, pemohon tidak perlu mengisi sebarang borang dan ambil makanan mengikut jumlah dibenarkan.

“Pemohon boleh datang antara jam 8.30 pagi hingga 5 petang. Namun jika terlalu terdesak dan tidak boleh datang pada waktu ditetapkan, maklumkan saja pada kakitangan pejabat, Aiman.

“Jika tidak boleh datang sendiri, boleh juga diwakilkan kepada sesiapa misalnya jiran atau rakan. Niat kami untuk bantu dengan cara paling mudah,” katanya.

Dalam pada itu, PBI juga mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai untuk program 3F dan untuk sumbangan barang makanan, penderma boleh terus datang dan susun di rak 3F yang disediakan.

Bagi sumbangan wang pula, Kamil memberi jaminan setiap sen yang didermakan akan digunakan membeli makanan untuk 3F dan pihaknya akan menambah wang sendiri jika tidak mencukupi.

“Insya-Allah program ini akan diteruskan sampai bila-bila. Bagus juga jika ada pihak lain yang melakukan inisiatif ini di tempat mereka,” katanya.

 ??  ?? KAMIL menunjukka­n rak 3F yang disediakan di perkaranga­n PBI.
KAMIL menunjukka­n rak 3F yang disediakan di perkaranga­n PBI.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia