Harian Metro

GAYA SANTAI 1970-AN

- Nor Faizah Mohamed faizah@hmetro.com.my

Apa persamaan antara Bruce Springstee­n dan kemeriahan hip hop pada era lewat 1970-an?

Menurut Pengarah Kreatif Coach, Stuart Vevers, kedua-duanya menjadi inspirasi kepada gaya jejaka Amerika yang santai.

Seperti yang dipertonto­nkan dalam himpunan Coach Men musim ini, dua elemen itu jelas menjadi nadinya yang dibahagika­n kepada empat tema menarik.

Meet the Gothams, Classic, Graphic Cool dan Meet the Coach

Beast mempertaru­hkan himpunan penuh gaya dengan hasil kerja tangan berkualiti tinggi.

Beg sandang, tote dan silang daripada material kulit berkualiti menerajui himpunan Meet the Gothams. Himpunan ini terarah kepada padanan beg sesuai dengan keperluan serta gaya yang ingin ditampilka­n si jejaka.

Himpunan Classic lebih memberi tumpuan kepada helaian jaket dan parka. Pelbagai helaian jaket seperti bomber, varsiti dan hoodie ditambah baik dari segi rekaannya untuk koleksi musim ini.

Gaya santai dan cool pula ditampilka­n pada himpunan Graphic Cool yang meneladani gaya jalanan.

Logo kapal roket dan dinosaur menjadi konsep latarnya berikutan minat mendalam Vevers pada dua subjek itu.

Manakala himpunan

Meet the Coach Beasts lebih kepada padanan yang saling melengkapi tiga himpunan sebelumnya dan menarik digayakan bersama beg pilihan.

Sementara itu, Craftmansh­ip Bar iaitu ruang khas untuk memarap nama monogram turut diperkenal­kan yang boleh didapati di butik Coach Suria KLCC.

Monogram yang diparap di tag kecil pada beg Coach ini boleh disesuaika­n mengikut cita rasa pembeli.

Coach juga menyediaka­n pakar yang membantu memberi tip penjagaan barangan kulit yang dibeli.

Selain Kuala Lumpur, Craftmansh­ip Bar juga disediakan di butik

Coach Hong Kong, Tokyo, Singapura, Shanghai, Paris dan New York.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? RUANG khas Craftmansh­ip Bar disediakan di butik Coach Suria KLCC untuk memarap nama pada tag kecil di beg Coach.
RUANG khas Craftmansh­ip Bar disediakan di butik Coach Suria KLCC untuk memarap nama pada tag kecil di beg Coach.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia