Harian Metro

MERANGKAK KE PUNCAK

-

berpengala­man termasuk pegawai perubatan.

Meskipun dalam kumpulan kecil iaitu lima orang, mereka menggalas misi besar untuk menawan puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara.

“Misi pertama ke Gunung Kinabalu pada Januari lalu gagal ke puncak. Hanya berakhir di checkpoint terakhir iaitu di ‘Sayat-Sayat’. Kami tak berjaya ke puncak kerana saya terlalu letih dan mengalami kekejangan.

“Kali ini, saya nekad menawan puncak dan mungkin akan cuba melakukann­ya dalam tempoh kurang 10 hari seperti yang disasarkan,” katanya.

GUNUNG PERTAMA DIDAKI

Apabila ditanya apakah yang ingin dicapai dalam misi ini, Adam berkata, objektif utama untuk mengamalka­n gaya hidup sihat tanpa sebarang diskrimina­si mahupun kekangan fizikal.

Setakat ini, Adam sudah mendaki lebih 10 bukit di Malaysia dan Gunung Kinabalu adalah gunung pertama didakinya.

“Sebelum ini, sudah ada individu OKU yang mendaki Gunung Kinabalu, tapi dia masih memiliki sebelah kaki. Boleh dikatakan, saya adalah OKU pertama yang akan ‘merangkak’ dari awal hingga ke puncak,” katanya.

DAPAT TAJAAN SUUNTO

Keistimewa­annya itu mendapat perhatian jenama jam terkenal, Suunto untuk menaja sepasang jam bagi membolehka­n dia merekod sepanjang perjalanan.

Adam dan ahli ekspedisin­ya ditemui Gen Y pada sesi penyerahan jam terbaru keluaran Suunto iaitu Suunto Spartan Ultra di kedai Solar,Time Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Dengan jam ini, saya boleh rekod segala data, masa, trek dan sebagainya untuk dijadikan fakta.

Saya ingin nama saya disenaraik­an dalam Malaysia Book of Records atas usaha ini dan memberi inspirasi kepada orang lain,” katanya.

Misi remaja jadi OKU tanpa kaki pertama tawan Gunung Kinabalu

 ??  ?? PENGARAH Jualan dan Pemasaran AD Time Laura Pang (kiri) dan Pengurus Pemasaran Amer Sports Sdn Bhd Natasha Mooy bersama Adam serta jam yang ditaja.
PENGARAH Jualan dan Pemasaran AD Time Laura Pang (kiri) dan Pengurus Pemasaran Amer Sports Sdn Bhd Natasha Mooy bersama Adam serta jam yang ditaja.
 ??  ?? ADAM ketika misi pertamanya di Gunung Kinabalu.
ADAM ketika misi pertamanya di Gunung Kinabalu.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia