Harian Metro

‘Anda Bijak Jauhi Zina’

- Rodly Fadly rencana@hmetro.com.my

Raudhatus Sakinah tubuh unit khas sedarkan remaja risiko hamil tanpa nikah

Isu kelahiran bayi tidak sah taraf kini bagaikan barah yang sukar dirawat. Statistik terbaru menunjukka­n kirakira 4,500 remaja hamil tanpa nikah setiap tahun dengan hampir 50 peratus membabitka­n remaja Islam.

Statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mencatatka­n seramai

81,000 anak tidak sah taraf beragama Islam didaftarka­n sehingga tahun 2011.

Berdasarka­n statistik dikeluarka­n Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) pula, seramai 257,000 anak luar nikah didaftarka­n dari tahun 2000 hingga 2008, manakala bagi tempoh dua tahun (2008-2010) rekod

JPN mencatat sejumlah 152,182 bayi tidak sah taraf dilahirkan.

Tiada tanda gejala sosial ini mengalami penurunan, sebaliknya menjadi makin serius dengan isu pembuazzng­an bayi juga kerap menjadi bahan berita.

Menyedari hakikat itu, Raudhatus Sakinah yang ditubuhkan pada

1998 bertujuan melindungi dan membimbing remaja Islam hamil tanpa nikah, menambah peranannya dengan menjalanka­n kempen pencegahan zina dalam kalangan remaja.

Pengurus Operasi program itu Abdullah Omar Muhammad Fuad berkata, kempen dinamakan ‘Anda Bijak Jauhi Zina’ itu bermula pada 2007, namun digerakkan secara lebih agresif sejak 2010 melalui pembentuka­n satu unit khas dianggotai 10 pembimbing terlatih.

Selain beliau, sembilan pengendali projek ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Raudahtus Sakinah Rosmawati Zainal serta Siti Aini Jamil, Muhammad Fairuz Abu, Sedana Arief Razalan Sedana Omar, Muhammad Minhajul Abidin Suhaimi, Siti Zanarah Mohd Taib,

Siti Nasuha Hussin, Nurul Sakinah Aziz dan Irnawati Bonifacio.

“Selama ini Raudhatus Sakinah berfungsi sebuah pusat perlindung­an dan pemulihan untuk gadis Islam yang terbabit dengan seks tanpa nikah sehingga melahirkan anak tidak sah taraf.

“Tidak dinafikan, Raudhatus Sakinah berjaya memainkan peranan berkesan dengan 80 peratus daripada gadis yang menyertai pusat ini berjaya dibimbing dan dibawa pulang ke pangkal jalan.

“Namun, satu hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah pada masa sama, jumlah kelahiran anak luar nikah terus meningkat sehingga pusat pemulihan seperti Raudhatus Sakinah sentiasa penuh dengan penghuni baru.

“Oleh itu kami berpendapa­t, selain melindungi dan membimbing remaja terlanjur, Raudhatus Sakinah juga perlu berperanan sebagai pencegah kepada gejala ini. Seperti kita menangani masalah kesihatan, zina juga memerlukan pendekatan ‘mencegah lebih baik daripada merawat’.

“Melalui projek ini, kami menjadikan sekolah serta institusi pengajian tinggi sebagai sasaran utama kerana daripada kajian, kebanyakan yang terbabit dengan aktiviti zina ini remaja semuda usia 12 tahun hingga 25 tahun.

“Mereka terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah, malah turut membabitka­n golongan yang menuntut di pusat pengajian tinggi,” katanya.

Mengenai modul yang diaplikasi­kan semasa berkempen, Abdullah Omar berkata, ia bergantung pada tahap umur dan kematangan remaja terbabit. Namun, matlamatny­a tetap mengajak remaja menghindar­i zina.

“Bagi pelajar sekolah rendah terutama yang belum akil baligh, kami mendedahka­n mereka mengenai anatomi tubuh terutama berkaitan organ seksual. Kami juga memberi bimbingan mengenai batas pergaulan antara adik-beradik dan rakan berlainan jantina.

“Ramai kanak-kanak perempuan menjadi mangsa sumbang mahram, rogol atau cabul kerana tidak didedahkan mengenai apa yang boleh atau tidak boleh, salah atau tidak. Hanya dengan sebiji gula-gula, mereka begitu mudah diperdaya.

“Bagi pelajar sekolah menengah, golongan ini dalam proses transforma­si daripada kanak-kanak ke alam remaja. Kami menekankan mengenai cabaran yang bakal mereka hadapi sepanjang bergelar remaja.

“Pengaruh rakan sebaya, persekitar­an serta teknologi tanpa sempadan antara yang sering menjerat mereka. Dalam usia sebegini, mereka mudah terangsang dengan kata-kata berbaur lucah serta bahan bacaan yang mudah diperoleh melalui Internet serta video lucah.

“Remaja seusia begini sering terbabit dengan cinta monyet yang akhirnya menjerat mereka dalam perangkap lelaki tidak bertanggun­gjawab. Sebab itu, dalam banyak kes, remaja yang berkenalan melalui media sosial akhirnya menjadi mangsa rogol secara berkumpula­n.

“Penuntut pengajian tinggi pula sering terperangk­ap dengan perasaan cinta terhadap pasangan sehingga sanggup menggadai maruah diri demi membuktika­n cinta.

“Sebab itu dalam kempen yang dijalankan, kami cuba membawa mereka memahami maksud cinta yang lebih luas merangkumi cinta terhadap Allah, Rasul, agama, ibu bapa, ilmu dan sebagainya,” katanya.

 ??  ?? ABDULLAH memberi ceramah kepada pelajar.
ABDULLAH memberi ceramah kepada pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia