Harian Metro

“IBU, MANA KAKI ADIK”

- Suraya Roslan dan Nur Lela Zulkipli am@hmetro.com.my

Gelagat Muaimin Azli, 5, yang sering mengusap pinggulnya yang tidak berkaki amat menyentuh hati ibunya, Nazilah

Abdullah, 40. Si kecil itu bagaikan

tertanya-tanya mengapa dia hanya

ada satu kaki sedangkan abang kembarnya, Muaiman, mempunyai sepasang

kaki, lapor Suraya Roslan dan Nur Lela

Zulkipli

„ Abang berkaki tiga, manakala seorang lagi hanya berkaki satu Ibu mana yang tidak mahu melihat perkara terbaik untuk anaknya, apatah lagi perlu memilih antara dua untuk diberikan kaki yang sempurna”

Nazilah Abdullah

“Muaimin (adik) sering mengusap bahagian pinggulnya yang tidak berkaki mungkin kerana tertanya-tanya mengapa dia hanya ada satu kaki sedangkan abang kembarnya mempunyai sepasang kaki,” kata Nazilah Abdullah, 40, ibu kepada kembar siam Muaiman dan Muaimin Azli berusia lima tahun.

Pasangan itu mencatat sejarah pembedahan paling rumit dilakukan Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana mempunyai tiga kaki, bercantum tulang pelvik dan bahagian pinggul, tidak mempunyai saluran dubur, selain berkongsi usus dan pundi kencing.

Pembedahan selama 24 jam itu pada 14 Julai 2012 disertai 19 pakar pediatrik, tulang, bedah plastik dan bius untuk memisahkan sistem saluran kencing dan kemaluan kembar berkenaan yang pertama dilaporkan di dunia.

Lebih unik, pasangan kembar ini memiliki kumpulan darah berbeza iaitu Muaiman darah jenis A manakala Muaimin darah jenis O.

Muaiman yang mempunyai tiga kaki termasuk kaki kanan dengan 10 jari berbanding adiknya yang hanya mempunyai satu kaki boleh bergerak secara normal manakala Muaimin menggunaka­n kedua-dua tangan untuk bergerak.

Nazilah berkata, Muaimin kerap menggigit kaki kanan Muaiman seolah-olah faham kakinya berada bersama tubuh abang kembarnya itu.

“Saya dan suami (Azli Sabran, 42) masih mencari jawapan terbaik jika disoal oleh Muaimin mengapa dia hanya mempunyai satu kaki berbanding abang kembarnya.

“Lebih sedih, dia kerap menggigit dan mengurut kaki abangnya yang mempunyai 10 jari ini seolah-olah faham kakinya berada di situ,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Nazilah turut mengakui keputusan untuk memilih siapa yang akan mendapat kedua-dua kaki adalah perkara paling sukar pernah dilakukan sebagai ibu.

“Ibu mana yang tidak mahu melihat perkara terbaik untuk anaknya, apatah lagi perlu memilih antara dua untuk diberikan kaki yang sempurna.

“Saya sudah cuba berunding dengan pakar di HKL ketika itu supaya memberikan sepasang kaki kepada kedua-dua anak saya namun keadaan dua tulang kaki yang bercantum kekal tidak membenarka­nnya,” katanya.

Ibu lima anak itu berkata, dia kemudian memilih Muaiman untuk menerima kedua-dua kaki selepas melihat sebelah kaki lagi lebih cenderung ke arah tubuh anaknya itu atas nasihat doktor.

“Doktor memaklumka­n jika saya berkeras ingin kedua-dua anak memiliki sepasang kaki, kaki yang bercantum itu tidak akan berfungsi. Jadi, saya hanya reda Muaiman memiliki sepasang kaki manakala Muaimin sebelah saja.

 ?? FOTO: ZULFADHLI ZULKIFLI ??
FOTO: ZULFADHLI ZULKIFLI
 ??  ??
 ??  ?? MUAIMAN dan Muaimin Azli yang berusia lima tahun di rumah mereka di Kluang, Johor.
MUAIMAN dan Muaimin Azli yang berusia lima tahun di rumah mereka di Kluang, Johor.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia