Harian Metro

‘CIKGU’ MEMANDU TERLAMPAU

- Kalidevi Mogan Kumarappa kalidevi@hmetro.com.my

„ Cikgu sekolah memandu hisap rokok ketika mengajar

Kuala Lumpur

Bagai ketam mengajar anak berjalan betul. Itu peribahasa sesuai menggambar­kan tindakan segelintir tenaga pengajar institut memandu dan sekolah memandu yang menunjukka­n teladan buruk kepada calon yang dalam proses mendapatka­n lesen memandu.

Penyamaran wartawan bersama jurugambar bermula jam 8 pagi hingga 10 pagi semalam, di sebuah institut memandu di Kajang, Selangor, mendapati ada ‘cikgu’ yang menghisap rokok dan vape ketika mengajar.

Malah, kebanyakan tenaga pengajar tidak memakai tali pinggang dan topi keledar.

Pada masa sama, ada beberapa pelajar yang menjalani latihan praktikal dibiarkan membawa kenderaan di litar tanpa pengawasan tenaga pengajar bertauliah.

Institut memandu itu dianggap antara yang terkenal dengan penerimaan lebih 100 pelajar memandu pelbagai jenis kenderaan sebulan.

Susulan penyamaran itu, sepasukan anggota Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) melakukan pemeriksaa­n mengejut ke atas institut itu jam 11 pagi, semalam.

Pemeriksaa­n mendapati, institut memandu itu melanggar Peraturan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor Sekolah Memandu 1992 dan Modul Silibus Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu berkuat kuasa 14 Julai 2014.

Timbalan Pengarah Bahagian Pelesenan Pemandu JPJ, Mohd Hafiz Shamsani Othman yang mengetuai operasi membabitka­n 15 pegawai berkata, pihaknya melakukan pemeriksaa­n ke atas 51 kenderaan termasuk motosikal, kereta dan bas milik institut itu selain puluhan tenaga pengajar.

Beliau berkata, hasilnya 42 notis dikeluarka­n atas lima kesalahan utama iaitu tenaga pengajar tidak mempunyai Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM), tenaga pengajar tidak memakai tali pinggang keledar, tatakelaku­an pengajar yang meninggalk­an pelajarnya tanpa pengawasan, tiada Sijil Kenderaan Institut Pemandu (SKIM) selain kenderaan sekolah memandu luar yang mengajar di dalam institusi memandu.

Menurutnya, kesalahan lain yang turut dikesan ialah pengajar motosikal tidak memakai topi keledar, tenaga pengajar merokok dan hisap rokok elektronik (vape) ketika mengajar selain kesalahan teknikal seperti kereta usang yang digunakan.

“JPJ turut bertindak menyita sebanyak 12 kereta dalam operasi itu,” katanya.

Berdasarka­n undang-undang, setiap calon yang mahu memiliki lesen memandu perlu menghadiri kelas teori selama 6 jam (berasingan bagi setiap kelas lesen) sebelum menduduki ujian undang-undang berkompute­r (berasingan bagi setiap kelas lesen) selama 45 minit.

Selepas lulus ujian berkenaan, calon memperoleh lesen LDL (Lesen L) yang dikeluarka­n Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ).

Mereka perlu menjalani latihan praktikal di litar sekolah memandu 9 jam 30 minit untuk memiliki lesen kelas B2/B (motosikal) dan tempoh 5 jam 30 minit bagi lesen kelas D/DA (kereta).

Selepas itu, mereka perlu menjalani latihan praktikal di jalan raya enam jam bagi lesen kelas B2/B manakala bagi kelas D/DA, calon perlu jalani latihan 10 jam.

Seterusnya, calon menjalani praujian memandu yang dilaksanak­an setengah jam. Bagi ketiga-tiga latihan praktikal itu, tenaga pengajar sah perlu berada bersama calon sepanjang mereka dilatih.

 ??  ??
 ?? Mohd Hafiz ?? ANGGOTA JPJ memeriksa permit pengajar institut memandu dalam Ops Khas, semalam.
JPJ turut bertindak menyita sebanyak 12 kereta dalam operasi itu”
Mohd Hafiz ANGGOTA JPJ memeriksa permit pengajar institut memandu dalam Ops Khas, semalam. JPJ turut bertindak menyita sebanyak 12 kereta dalam operasi itu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia