Harian Metro

REMAJA ROMPAK BERPARANG DIBURU

„ Remaja samun dua penuntut kolej swasta guna parang panjang viral dalam media sosial

- Nadzreen Shah Mat Salim am@hmetro.com.my

Usia baru mencecah 17 tahun, namun seorang remaja lelaki menjadi ‘terkenal’ serta-merta apabila rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukka­n dia melakukan rompakan bersenjata­kan parang panjang menjadi viral di media sosial.

Lebih mengejutka­n apabila suspek melarikan diri walaupun kereta dipandu ditembak lima das oleh pihak polis, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, remaja terbabit sebelum ini merompak dua wanita yang menaiki kereta di hadapan pos pengawal di kawasan perumahan di Ara Putra, Ara Damansara, di sini, jam 3.40 pagi kelmarin.

Menurutnya, anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah bagaimanap­un terserempa­k kereta Honda Civic ES1.7 berwarna putih dipandu suspek di sekitar kawasan Flat Desa Ria, di sini, jam 5.30 petang.

“Penjenayah bagaimanap­un bertindak agresif merempuh sebuah kereta milik orang awam yang berada di hadapan sebelum turut merempuh kereta polis.

“Polis kemudian mengejar penjenayah yang melarikan diri sejauh dua kilometer ke arah Flat Desa Mentari di sini,” katanya.

Menurutnya, lelaki itu sekali lagi merempuh pintu hadapan bahagian kiri kereta polis ketika berada berhampira­n lampu isyarat.

“Akibatnya anggota polis terpaksa melepaskan lima tembakan ke arah kereta itu. Bagaimanap­un, suspek melarikan diri dengan meninggalk­an kereta itu,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, di sini, semalam.

Dia berkata, hasil pemeriksaa­n di dalam kereta berkenaan menemui parang, topi keledar dan sembilan peket plastik lutsinar dipercayai heroin seberat sembilan gram.

“Semakan terhadap nombor casis kenderaan itu mendapati kereta berkenaan dicuri sebelum ini.

“Remaja itu disyaki melakukan kes samun kereta milik seorang penjawat awam di sebuah stesen minyak di Jalan SS4B/10 Kelana Jaya jam 4.45 pagi, 23 September lalu,” katanya.

Menurutnya, mangsa turut kehilangan wang tunai RM200 dan dokumen peribadi.

“Remaja itu menggunaka­n kereta sama untuk merompak dua wanita di hadapan pos pengawal di sebuah perumahan di Ara Putra, Ara Damansara di sini, sebelum video kejadian itu menjadi viral.

“Dalam kejadian itu, penjenayah melarikan beg tangan berisi telefon pintar dan wang tunai berjumlah RM1,000,” katanya.

Dia berkata, penjenayah yang melakukan kejadian samun itu dikenal pasti sebagai Muhammad Nur Aman Ibrahim, 17.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung remaja itu diminta menyalurka­nnya kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 392/ 397/ 307 Kanun Keseksaan dan 39A Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DUA penuntut kolej swasta rugi RM2,000 selepas disamun lelaki bersenjata­kan parang panjang. POLIS memeriksa kenderaan yang digunakan remaja lelaki berkenaan.
DUA penuntut kolej swasta rugi RM2,000 selepas disamun lelaki bersenjata­kan parang panjang. POLIS memeriksa kenderaan yang digunakan remaja lelaki berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia