Harian Metro

38 PROKSI HARTA RASUAH

- Junaidi Ladjana dan Mohd Ruzaini Zulkepli am@hmetro.com.my

„ SPRM kenal pasti syarikat, kontraktor disyaki terbabit penyelewen­gan projek RM3.3b

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyenarai­kan 38 syarikat yang dikenal pasti sebagai proksi kepada pengarah serta timbalan pengarah sebuah jabatan yang ditahan Selasa lalu, kerana terbabit penyelewen­gan projek infrastruk­tur bernilai RM3.3 bilion sejak 2010.

Sumber berkata, daripada jumlah keseluruha­n, 17 syarikat terbabit milik proksi dan adik beradik pengarah manakala 21 lagi milik adik beradik timbalanny­a.

Syarikat terbabit dipercayai ada kaitan dengan urusan penganuger­ahan tender.

“Hasil siasatan awal SPRM, mereka mendapati 38 syarikat ini terbabit dalam kes rasuah projek kemudahan awam bernilai RM3.3 bilion di Sabah.

“SPRM juga mengenal pasti lebih 40 individu bagi membantu siasatan kes ini dan memanggil saksi berkenaan dalam tempoh terdekat,” katanya, semalam.

Menurut sumber, antara yang dipanggil adalah saksi yang terbabit secara langsung dalam proses pemberian kerja.

“Sebahagian besar mereka membabitka­n pegawai jabatan air dan kontraktor.

“Tiada ahli keluarga atau adik beradik suspek melarikan diri ke luar negara susulan kes terbabit dan mereka juga dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

“Setakat ini, tiada tangkapan baru dibuat, SPRM masih mengumpul bukti, keterangan saksi selain merakam percakapan pengarah dan timbalanny­a selain dua ahli perniagaan bergelar Datuk yang juga abang timbalan pengarah berkenaan serta akauntanny­a yang direman kelmarin,” katanya.

Menurut sumber, untuk rekod, SPRM merakam percakapan enam individu terdiri daripada kakitangan jabatan serta syarikat yang menerima tender,” katanya.

Sumber berkata, SPRM kini berada di landasan tepat untuk menyelesai­kan kes berkenaan, malah satu pasukan khas ditubuhkan membabitka­n pegawai SPRM yang terbabit dalam kes ini.

“SPRM mendapatka­n kerjasama daripada negara luar melalui ‘Mutual Legal Assistance’ untuk mendapatka­n maklumat berhubung akaun bank yang dimiliki suspek di luar negara,” katanya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia