Harian Metro

MENANTU SUSPEK UTAMA

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Misteri penemuan mayat seorang pemandu teksi ditemui terselit di bawah tilam di rumahnya hampir terjawab apabila anak perempuan mangsa ditahan polis.

Difahamkan wanita berusia 30-an itu yang bekerja sebagai ejen insurans adalah ‘kunci’ jawapan terhadap punca kematian bapanya yang mati ditikam.

Mayat mangsa, Abdul Aziz, 58, ditemui di pangsapuri di Danau Kota, Danau Kota, di sini, petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Superinten­dan Mohamad Roy Suhaimi Sarif berkata, anak mangsa ditahan polis selepas memberi kenyataan meragukan ketika disoal siasat.

Menurutnya, hasil siasatan polis sebelum ini mendapati, jiran mangsa mendakwa terdengar wanita terbabit berperang mulut dengan bekas suaminya yang juga suspek utama dalam kes berkenaan pada jam 5 pagi hari kejadian.

“Siasatan turut mendapati hubungan mangsa dengan suspek utama kurang baik berikutan dia tidak bersetuju dengan perkahwina­n anak perempuann­ya itu.

“Menantu mangsa dikenal pasti sebagai seorang lelaki warga Pakistan dikenali sebagai Sham, 20,” katanya.

Mohamad Roy berkata, anak perempuan mangsa mendakwa dia ditutup muka dan dikurung di dalam sebuah bilik selama dua hari oleh dua lelaki ketika pulang ke rumah bapanya itu jam 6 petang Selasa lalu.

“Semalam (kelmarin) dia memujuk salah seorang suspek yang juga suaminya untuk keluar makan sebelum mereka menaiki kereta.

“Bagaimanap­un, wanita itu bertindak melarikan diri ketika suspek sedang membeli makanan di sebuah restoran sekitar jam 2.30 petang. Dia kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya semalam.

Beliau berkata, wanita itu mendakwa ternampak kaki bapanya di bawah tilam di sebuah bilik ketika keluar untuk makan dan mengesyaki sesuatu tidak kena berlaku.

“Polis yang mendapat maklumat bergegas ke lokasi sebelum menemui mayat mangsa di bawah tilam dengan kesan tikaman pada bahagian belakang kanan badan selain keadaan rumah juga berselerak.

“Suspek utama dipercayai menghilang­kan diri dan pihak kami sedang mengesan mereka untuk mengetahui motif sebenar kejadian ekoran keterangan yang diberikan anak mangsa meragukan,” katanya.

Beliau berkata, siasatan juga dilakukan bagi memastikan sama ada

„ Anak pemandu teksi ditahan beri kenyataan meragukan kes bapa mati ditikam

wanita itu sendiri menjadi punca bapanya dibunuh.

Menurutnya, wanita itu kini ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia